Wednesday 20 March 2019

[Video Lompat parti di Sabah terkenal seluruh dunia, mereka tidak yakin dengan Umno] Tak perlulah hukum Najib dan Zahid cepat2 kerana UmnoBN dah TERSUNGKOQ, PAS pulak terus jadi bisu & Kerajaan PH TERUS BERBAKTI.

Khamis, 21 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, teks
Tak Nak BN
Kami Viral
Ini pendapat peribadi saya
Pada saya, tak perlu hukum Najib dan Zahid cepat-cepat.... Dan dari sudut politik, kalau kedua-dua bekas PM dan TPM itu dipenjarakan, ia memberi kesan yang tidak baik kepada kerajaan PH yang memerintah sekarang.... Dengan sentimen agama dan kaum yang sedang dimainkan oleh pembangkang tanpa faedah PAS dan UMNO, pemenjaraan terhadap Najib dan Zahid akan mengundang simpati rakyat yang bukan sedikit dan lebih menghakis sokongan rakyat terhadap kerajaan.
Pada saya, BN dah kalah, Najib dan Zahid sudah hilang kuasa, itu sudah cukup untuk memberikan seribu kepuasan dan kesyukuran yang tidak terkira, dan memberikan tekanan yang hebat ke atas pemimpin UMNO, itu sudah cukup.
ketegasan SPRM yang mendakwa Najib dan Zahid di mahkamah atas lebih 40 pertuduhan, itu sudah cukup memberikan tekanan dan ketakutan... Di mana Zahid Hamidi sekarang...? Tengok macam mana reaksi Najib di mahkamah minggu lepas...? Dia rasa nak pergi tandas, dia pergi je... Dia rasa nak tidur, dia bantai tidur atas kerusi je.... Dah macam orang tak betul, radio lari stesen... Itu baru satu kes... Baru start bicara je pun.... Cer bayangkan, kalau nak habiskan 45 kes, aku rasa Najib bukak seluar dan dia bantai kencing dalam mahkamah je.
Cukuplah tu.... Kalau penjarakan Najib dan Zahid sekarang, apa yang kita dapat...? Apa yang kerajaan dapat...? Apa yang PH dapat...? Satu saja, dapat memuaskan dendam kesumat kita terhadap tindakan Najib dan Zahid masa berkuasa dulu.... Itu je.
Politik kebanyakan dari kita adalah berlandaskan dendam kesumat sebenarnya.... Sama juga, orang yang sokong PH tapi benci Tun, kerana apa...? Kerana dendam je.... Kononnya Tun Mahathir telah menzalimi dia 20 tahun dulu dan dia tak akan maafkan Tun sampai mati.... Aku tanya, apa yang Tun dah buat kat kau...? Dia jawab, polis FRU pukul kepala dia dengan cota masa demo reformasi tahun 1998 dulu... Jadi dia tak akan maafkan Tun... O'aloh.
Berbalik kepada kisah Najib anak Razak.... Demi kemaslahatan kerajaan PH, saya rasa tidak sesuai kalau Najib dipenjarakan sekarang..... Dia ada 45 pertuduhan, biarkan dia ulang-alik ke mahkamah, biar dia muntah tengok pintu pagar mahkamah....
Kalau Najib dipenjarakan, orang akan nampak kekerasan pemerintahan PH sekarang.... tapi kalau dibiarkan bebas, hingga sampai ke satu peringkat Najib pakai seluar sekerat lutut, baju tak pakai cuma sangkut atas bahu je, jalan kaki gi-mari gi-mari kat stesen bas, takdak sapa pun yang akan kata itu kezaliman kerajaan.
Percayalah, sebenarnya sekarang Najib, Zahid, Azeez Rahim, sedang dihukum secara halus.... Tak perlu penjarakan tubuh-badan secara fizikal, tetapi mereka menerima tekanan batin yang dahsyat...
Tapi setelah ditenung air dalam tempayan, selepas ditilik kelarai tapak tangan, firasat saya mengatakan Najib akan lepas dari semua tuduhan, tetapi Rosmah sangkut... Zahid juga lepas, tapi anaknya sangkut.... Itu lebih menyiksakan.
Tuduhan ke atas Najib apa...? Terlalu akademis dan complicated... Orang kampung tak faham, rakyat bawahan tak faham.... Penggubahan wang haram.... apa...? Nelayan tak faham, petani tak faham, kakitangan kerajaan pun ramai yang tak faham..... Money laundering, apa benda tu...?
Demikianlah adanya....
Imej mungkin mengandungi: teks

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena