Sunday 3 March 2019

[Video Suasana Harmoni Antara BN & PH] Nasib Rameli Musa HABIS MADU SEPAH DIBUANG.

Ahad, 3 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
HABIS MADU SEPAH DIBUANG
Rameli Musa baik orangnya. Beliau antara penyokong gelombang ungu (pindaan RUU355).
Pada 12 March 2017, beliau turut hadir dalam Majlis Makan Malam dan Dialog PRU14: Masa Depan PAS, di Dewan Seri Iskandar, Setiawangsa di mana Abdul Hadi turut hadir memberi ucapannya.
Tapi Takiyuddin Hassan pula baru-baru ini berkata seperti dilaporkan Utusan Malaysia, beliau sekadar mengetahui individu tersebut sebagai Datuk Dr. Rameli Musa, iaitu tokoh korporat ternama yang baru dilantik menjadi Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Kenyataan tersebut bagaikan Takiyuddin Hassan seolah tidak pernah berjumpa langsung dengan Rameli Musa, mengenalinya atau melihatnya hadir dalam program-program PAS. Apa yang beliau tahu, Rameli Musa adalah orang PH yang kini dilantik memegang jawatan besar dalam GLC. Itu sahaja.
Tidakkah beliau tahu, insan bernama Rameli Musa ini adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah PKINK 2001. Nik Abdul Aziz Nik Mat (almarhum) pun pasti mengenali Rameli Musa. Masakan pula Takiyuddin Hassan tidak kenal.
At-Takiri pula mungkin buat-buat lupa yang beliau pernah berjumpa dan bergambar bersama insan bernama Rameli Musa ini.
Zaharudin Muhammad juga sudah cepat-cepat menafikan beliau kenal rapat dengan Rameli Musa.
Semua kerana Pas menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihaknya membayar RM1.4 juta kepada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown sebagai sebahagian daripada persetujuan penyelesaian saman Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di luar mahkamah dengan menggunakan cek yang dikeluarkan Rameli Musa.
Sebelumnya penyokong-penyokong PAS dan gelombang ungu mengatakan akaun itu tidak wujud. Bila sudah diketahui wujud, mereka giat pula menuduh Rameli Musa menerima wang dari PH bagi membayar wang guaman RM 1.4juta melalui Americk Sidhu kepada Clare Rewcastle Brown untuk melawan Abdul Hadi Awang.
Inilah nasib Rameli Musa. Kini beliau dicop kawan baik Anwar Ibrahim seorang sahaja. Beliau bukan lagi kawan baik Abdul Hadi Awang.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena