Thursday, 7 March 2019

[Video Umno Pas Bersanding TAMATLAH Riwayat BN & Rameli Musa DIPERDAYA KAWAN SENDIRI?] Membantu Melayu bukan amalan perkauman.

Jumaat, 8 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri dan luaran

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk
Luahan hati Datin. Bersabarlah Datin...diakhir nanti Kebenaran akan muncul...

MEMBANTU MELAYU BUKAN AMALAN PERKAUMAN

Di mana salahnya apabila Azmin Ali menggesa agar kerajaan tidak lagi apologetik dalam melaksanakan janji yang melibatkan orang Melayu dan Bumiputera?
Dalam gesaan seterusnya susulan kekalahan PH di Semenyih, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata, “kerajaan harus berani dan tidak perlu gundah gulana untuk menunaikan janji kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera yang merupakan sebahagian daripada agenda nasional.
“Kita akan melaksanakannya tanpa rasa apologetik atau bimbang terhadap kritikan luar.
“PH akan terus melaksanakan perubahan sehingga menjadi sumber kekuatan rakyat.”
Adakah kata-kata beliau ini boleh dianggap suatu sikap perkauman yang sempit?
Atau jika tidak melontarkan kata-kata tersebut, Azmin sebenarnya boleh dinilai sebagai seorang yang rasional dan terbuka kepada semua kaum?
Apakah sesuatu yang salah apabila seorang pemimpin Melayu bercakap untuk membantu kaumnya sendiri, sedangkan dalam Perlembagaan sendiri termaktub mengenai hak-hak istimewa orang Melayu?
Habis, mengapa ada pemimpin DAP dan NGO tertentu yang marah-marah kepada Azmin dan menyifatkan beliau telah mengamalkan perkauman yang sempit berikutan gesaannya itu?
Apakah mereka tidak suka Azmin membantu orang Melayu?
Dalam konteks negara ini, membantu dan mengutamakan orang Melayu dan Bumiputera bukanlah suatu kesalahan. Ia juga tidak boleh dianggap suatu sikap perkauman yang sempit.
Ini kerana ia adalah selaras dengan kehendak perlembagaan yang dirangka dahulunya dengan kesedaran bahawa orang Melayu masih ketinggalan dalam banyak bidang.
Namun demikian, sementara orang Melayu dan Bumiputera diutamakan, membantu dan menolong kaum lain tidaklah pula pernah diketepikan.
Cuma, sebagai penduduk asal dan majoriti dalam negara ini, tambahan lagi banyak yang masih ketinggalan dan berada di luar-luar bandar, mengutamakan program bantuan kepada orang Melayu dan Bumiputera adalah sesuatu yang normal sebenarnya.
Pemimpin kaum lain tidak perlu panik dengan lontaran kata-kata Azmin itu. Lagi pun, dengan membantu orang Melayu tanpa apologetik, ia tidak sama sekali mengambil atau mengenepikan hak-hak kaum lain yang sepatutnya mereka nikmati.
Mereka juga menerima bantuan yang sama daripada kerajaan, malah dalam sebahagian besar peruntukan pembangunan untuk orang Melayu misalnya, biasanya yang banyak mendapat manfaat adalah ahli-ahli perniagaan bukan Melayu juga.
Kalau Melayu agak senang sikit dan mudah berbelanja, yang banyak untung sebenarnya ialah peniaga dan kedai-kedai bukan Melayu.
Lantaran itu, tidak harus ada sesiapa patut berasa gusar atau panik. Dengan banyak membantu orang Melayu, kaum bukan Melayu turut mendapat limpahan nikmatnya.
Tambahan lagi, tanpa sokongan kaum terbesar itu, sesiapa juga yang menjadi kerajaan tidak akan mampu menikmati kestabilan secara keseluruhannya.
Apa guna menjadi kerajaan jika akhirnya tiada kestabilan? (Shahbudindotcom 05/03/2019)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena