Serentak seluruh negara!
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dengan kerjasama DPP negeri akan mengadakan flashmob serentak seluruh negara bertempat di sepuluh kawasan berhampiran stesen minyak di setiap negeri pada jam 5.00 hingga 6.30 petang ini.
“Flashmob ini adalah bantahan ‘diam’ oleh rakyat marhaen yang dinafikan hak dan dibisukan suara mereka,” ujar Ketua DPPM, Nasrudin Hassan dalam facebooknya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, ia diadakan secara aman tanpa sebarang provokasi dan gangguan kepada keamanan dan keselesaan orang ramai.
Justeru itu, beliau mengingatkan para peserta supaya jangan mengganggu lalu lintas, jangan menghalang laluan masuk ke stesen minyak, jangan mencetus dan melayan provokasi serta jangan membawa apa-apa di tangan melainkan banner atau poster sahaja.
“Kami mengharapkan agar warga prihatin dapat keluar beramai-ramai mengikut arahan DPP negeri masing-masing untuk menghadiri lokasi yang akan ditetapkan,” ujarnya lagi.
Anggun Atok · Top Commenter
SAYA FIKIR KITA TIDAK SEHARUSNYA BUAT BANTAHAN....BIAR RAKYAT RASA PERITNYA DIATAS PEMBOHONGAN JANJI DITEPATI BN..... UNDILAH BN... DAPAT BONUS MINYAK NAIK 20 SEN......
0 comments:
Post a Comment