Monday, 2 September 2013

'Hari Malapetaka' & Mengibarkan 'Sang Saka Malaya' - Hishamuddin Rais @IshamRais @AdamAdli Kini Ditahan...Malapetaka?

Isnin, 2 Sept 2013
Video Hari Malapetaka : Hishamuddin Rais Seru Kibar Sang Saka Malaya!
Published on Aug 30, 2013
Aktivis Politik,Hishamuddin Rais Berkata Kemerdekaan yang dikecapi selama ini adalah pada tanggal 31 Ogos bukanlah hari kemerdekaan tetapi hari malapetaka.Beliau Juga menyeru Supaya Mengibarkan Bendera Sang Saka Malaya.beliau menambah,bendera jalur gemilang yang selalu dikibarkan adalah tipu ia sebenarnya dari pada Amerika dan bendera sang saka ada bendera sebenar.beliau menambah,sepatutnya bendera sang saka yang menjadi bendera kebangsaan apabila negara bebas dari United Malays National Organisation (UMNO)
Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
Hishamuddin Rais @IshamRais @AdamAdli Kini Ditahan


Sebastian Phiu: Hishamuddin Rais dan Adam Adli ditahan dan dalam perjalanan ke balai polis. Kes disiasat di bawah akta hasutan. Padan muka. Harap-harap masuk la dalam lokap terus sampai bila-bila. Baca lanjut di Astro Awani 
Posted by Sebastian Phiu Abdullah Posted on 22:16
Adam Adli Dan Hishamuddin Rais Di Tahan Polis
Posted by Addin Deen at 9/02/2013


Aktivis Adam Adli Abdul Halim dan Hishamuddin Rais telah ditahan polis kira-kira jam 8.50 malam tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

The Malaysian Insider berjaya menghubungi dua aktivis itu dan mereka telah mengesahkan ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 dipercayai kerana mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" pada malam sambutan kemerdekaan pada Jumaat.

"Kami ditahan kira-kira jam 9 malam tadi sewaktu sedang menikmati makan malam di Kampung Baru.

"Kami kini masih berada di IPD Dang Wangi dan dibenarkan menghubungi peguam. Kami masih menunggu kehadiran peguam, namun masih belum pasti siapakah yang akan mewakili kami," kata Hishamuddin apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Agensi berita nasional, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berkata polis sedia menyiasat pihak yang mengibar bendera "Sang Saka Malaya" jika ada laporan dibuat mengenainya.

Beliau menegaskan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap kumpulan yang mempertikaikan status Jalur Gemilang sebagai bendera Malaysia.

Mengulas mengenai kumpulan yang mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" pada sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka Jumaat lalu, beliau berkata, pihak yang tidak berpuas hati dengan insiden itu harus membuat laporan polis.

Katanya, sebagai rakyat Malaysia yang mengaku taat setia kepada negara, soal mempertikai bendera kebangsaan harus dielakkan. ~the malaysian insider
Lelaki Rampas Bendera 'Sang Saka Malaya' Di Dataran Merdeka
'Lelaki Botak Mengamuk'


Pencacai Umno tunjuk 'lelaki botak' gambar belakang aje...


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena