Friday, 13 September 2013

PR Perak bersolidariti buat keluarga Ops Bubar Malam ini di hadapan penjara Tapah! - Datuk Seri Nizar (Pengerusi Pakatan Rakyat Perak)

Jumaat, 13 September 2013
"PAS Perak dan Pakatan rakyat akan ke penjara Tapah malam ini untuk menyatakan sokongan kita kepada mereka semua,"

Pimpinan Pakatan Rakyat Perak turut serta menghadiri perbicaraan di Mahkamah Kuala Kangsar pagi ini. Mereka juga memberikan semangat kepada 13 orang yang dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun serta denda RM5000.
Ajijoi



Penjara Tapah
Penjara Tapah
KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Rakyat Perak akan berkumpul di hadapan penjara Tapah malam ini bagi menunjukan solidariti dan sokongan moral kepada 13 peserta demonstrasi Ops Bubar.

Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, beliau bersama-sama pemimpin lain akan hadir bersolidariti pada malam ini.

"PAS Perak dan Pakatan rakyat akan ke penjara Tapah malam ini untuk menyatakan sokongan kita kepada mereka semua," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.
Kompleks Penjara Tapah, Mukim Batang Padang, Tapah
Mengulas keputusan hari ini, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menyifatkan ianya satu lagi episod hitam dalam sistem keadilan negara ini.

Menurutnya, PAS akan cuba membantu mangsa yang ditahan dan meminta ahli keluarga bersabar dengan ujian yang menimpa.

"Para paguam kita akan segera mengemukakan permohonan Selasa ini untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman sementara rayuan dikemukakan," katanya lagi.

Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pagi tadi menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada 13 peserta demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 lalu.

Hakim, Norsalha Hamzah memutuskan kesemua tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun dan didenda sebanyak RM5,000.-HarakahDaily.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena