Ini, Ulama Ganti Mat Sabu.. -Subky Latif
Siapa ulama ganti Mat Sabu?
MASYARAKAT di luar PAS sedang mencarisiapa daripada kalangan ulama dalam PAS yang hendak dicalonkan bagi mengganti Mohamad Sabu?
Mungkin daripada kalangan PAS sendiri yang terdiri mereka yang berpendirian bahawa Timbalan Presiden mesti ulama juga mencari orang yang boleh menang menggantikan Mat Sabu. Apakah perwakilan PAS di era kepimpinan ulama bersedia menggantikan pimpinan tertingginya dengan seorang yang lain tidak dipastikan.
Jika dia kalah dalam pillihan raya baru-baru ini bukan disebabkan dia ditolak oleh pengundi PAS, tetapi mungkin dia tidak dapat sokongan undi atas pagar yang menjadi penentu dalam kawasan seperti itu.
Mengapa masing-masing mencari tokoh ulama bagi menyaingi Mat Sasbu bukan kerana keupayaan berpolitik dan kepimpinan Mat SAbu, tetapi dia bukan dari golongan ulama.
Biasanya selepas PAS mengatasi krisis kepimpinannya dalam awal tahun 1980-an jawatan nombor satu dan nombor dua itu disandang oleh ulama. Konsep kepimpinan ulama yang diketengahkan PAS tahun 1982 ditafsirkan oleh setengah kalangan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden mesti dari ulama.
Ustaz Hassan Sukri - Dikenang Pejuang Terbilang
Kerana itulah Dato Mustafa Ali, seorang yang disegani dalam PAS tidak berjaya menyaingi Ustaz Hassan Shukri untuk menjadi Timbalan Presiden. Tidak ada apa-apa masalah pada Mustapa tetapi perwakilan PAS masa itu mengira jawatan itu untuk ulama.Tetapi antara yang mentafsirkan jawatan parti itu tidak semestinya ulama walaupun PAS berpegang kepada konsep kepimpinan ulama ialah Mustafa Ali sendiri kerana itulah dia pernah bertanding untuk jawatan itu. Mustafa adalah Ketua Dewan Pemuda yang bertanggungajwab mengemukan usul konsep kepimpinan ulama itu tahun 1982 dulu.
Sekalipun kebanyakan orang PAS mengira jawatan Timbalan Presiden itu adalah untuk ulama, tetapi mereka juga memerhatikan wibawa politik tokoh ulama itu apakah kepimpinannya meyakinkan atau sebaliknya. Majoriti memberikan undi kepada Mat Sabu kerana mereka yakin Mat Sabu lebih berwibawa.
Walaupun ulama masih relevan untuk memimpin PAS, tetapi wibawa dan keyakinan tetap menjadi perhatian PAS.
Ustaz Nik Aziz sudah lama berada dalam pimpinan Dato Asri, tetapi beliau hanya menyerlah selepas pucuk pimpinan bertukar. Apakah suasana seperti itu berulang? (Hrkh)
Oleh Subky Latif
0 comments:
Post a Comment