Saban hari Najib & pemimpin Ameno kata negeri2 pembangkang gagal diurus tadbir..
KERANA GAGAL URUS TADBIR...
Hutang Pulau Pinang & Selangor adalah terendah berbanding 12 negeri lain.
KERANA 'BIJAK' URUS TADBIR...
Kerajaan Pusat pula hutang k'jaan persekutuan terus meningkat lagi RM18 bilion, secara keseluruhannya ialah RM648.475 bilion.
MALAH kedudukan hutang negara itu menunjukkan peningkatan 5 tahun secara berturut-turut dari 2012 sehingga 2016.
Harap Najib Razak rujuk fakta, bukan mainkan propaganda semata-mata perbodohkan rakyat..!!
Rakyat #WajibTolakBN dan pilih #HARAPAN
KERANA GAGAL URUS TADBIR...
Hutang Pulau Pinang & Selangor adalah terendah berbanding 12 negeri lain.
KERANA 'BIJAK' URUS TADBIR...
Kerajaan Pusat pula hutang k'jaan persekutuan terus meningkat lagi RM18 bilion, secara keseluruhannya ialah RM648.475 bilion.
MALAH kedudukan hutang negara itu menunjukkan peningkatan 5 tahun secara berturut-turut dari 2012 sehingga 2016.
Harap Najib Razak rujuk fakta, bukan mainkan propaganda semata-mata perbodohkan rakyat..!!
Rakyat #WajibTolakBN dan pilih #HARAPAN
PERGHHH, GANASNYA YOB...BARU SEBULAN JADI TPM, ZAHID HAMIDI RUPANYA SUDAH ADA HATI NAK KETEPIKAN NAJIB
Pendedahan Tun Mahathir Mohamad bahawa Zahid Hamidi pernah menemuinya untuk meminta sokongan bagi menggantikan Najib Razak, tidak lama selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, tentu saja mengejutkan banyak pihak.
Yang paling terkejut pastinya ialah Najib sendiri yang melantik Zahid Hamidi ke jawatan tersebut dan Rosmah Mansor yang menjadi suri hati Perdana Menteri di Seri Perdana.
Hati Najib dan Rosmah barangkali berbisik, tak sangka Zahid turut mahu "menghalau" mereka daripada Seri Perdana.
Dalam jawapan balasnya kepada dakwaan Zahid Hamidi berkaitan "Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty", Tun Mahathir semalam bukan saja mencabar Timbalan Perdana Menteri mendedahkan bukti salinan kad pengenalan seperti didakwanya itu, bahkan juga mendedahkan tentang pertemuan Zahid dengannya untuk mengambil alih tempat Najib.
"Zahid mesti ingat apabila beliau dilantik jadi Timbalan Perdana Menteri, datang jumpa saya cuba nak simpati saya, sokongan saya.
"Saya kata benar-benar kepada Zahid, kalau pun Najib letak jawatan, yang mana itu bagi saya tak mungkin berlaku, Zahid kena tunggu UMNO tentukan siapa yang akan ganti Najib.
"Belum tentu Zahid ganti Najib. Bila nak simpati saya, datanglah. Bila tak boleh dapat, carilah jalan bohong macam ini.
"Saya malu ada orang seperti ini dalam Kabinet," kata Tun Mahathir lagi dalam rakaman video tersebut.
Adalah dipercayai dan disebut oleh Ahli MPT Bersatu, Zahid Md Arip dalam rakaman videonya, pertemuan Zahid Hamidi dengan Tun Mahathir diadakan di rumah bekas Perdana Menteri itu di Seri Kembangan, kira-kira sebulan selepas beliau dilantik menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ketika itu, Tun Mahathir masih lagi bersama UMNO, malah Muhyiddin juga belum dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Bermakna, hanya dalam tempoh sebulan jadi orang nombor dua dalam kerajaan, Zahid Hamidi sudah "tergerak hati" untuk menjadi Perdana Menteri dengan menyingkirkan Najib yang melantiknya ke jawatan itu.
Perghhhh...ganasnya cita-cita dan impian orang Perak yang seorang ini!!
Rasanya belum pernah ada mana-mana Timbalan Perdana Menteri sebelum ini cuba menyingkir dan mengambil alih jawatan Perdana Menteri hanya dalam tempoh kira-kira sebulan selepas dilantik memegang jawatan tersebut.
Dalam pada itu, pada awal tahun 2016, seorang bekas pemimpin UMNO ada menemui Najib dan memaklumkan mengenai pertemuan Zahid dengan Tun Mahathir sambil memintanya berhati-hati dengan "gerakan politik" orang nombor dua dalam kerajaan itu.
Najib dilaporkan hanya tersenyum dengan kata-kata bekas pemimpin tersebut dan memberitahu beliau mengetahui mengenai pertemuan Zahid dengan Tun Mahathir itu yang katanya hanya sekadar kunjungan hormat biasa serta sebagai tanda hormat timbalannya ke atas Tun Mahathir.
Tetapi, sekarang bagaimana?
Dengan pengakuan Tun Mahathir sendiri bahawa Zahid Hamidi datang menemuinya untuk meminta sokongan bagi menyingkirkan Najib, adakah Perdana Menteri masih mempercayai timbalannya atau sudah lama curiga terhadapnya?
Mungkinkah Najib sebenarnya sudah mengetahui perkara yang sama sebelum ia didedahkan oleh Tun Mahathir?
Apakah kerana akhirnya Najib mengetahui bahawa pertemuan itu memang bertujuan untuk menyingkirkannya, maka beliau melantik Hishammuddin Hussein menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas secara mengejut untuk mengimbangi kedudukan Zahid Hamidi?
Adakah Najib kini sudah mulai berwaspada, curiga, berhati-hati malah mungkin tidak percaya lagi terhadap Zahid?
Inikah yang menyebabkan Zahid kebelakangan ini seperti dibelenggu rasa bersalah yang kronik sehingga berkali-kali mengatakan beliau tetap setia kepada Najib sambil menyerang Tun Mahathir tanpa henti-henti? (ShahbudinHusin 01/08/2017).
0 comments:
Post a Comment