Saturday, 5 August 2017

[Video Pakatan Harapan Memiliki Pimpinan Terbaik Hadapi UmnoBN] Ura-ura PRU14 akan dipanggil bulan Oktober 2017, Pakatan HARAPAN boleh menang 50 kerusi tambahan di Semenanjung!

Sabtu, 5 Ogos 2017

Image may contain: one or more people
Tv3 Sukuk..
Tv3 quarter..
Image may contain: one or more people and text

KEMPEN KERUSI MARGINAL DENGAN TIGA ISU TERPENTING: PAKATAN HARAPAN BOLEH MENANGI 50 KERUSI TAMBAHAN DI SEMENANJUNG
Dengan ura-ura PRU14 akan dipanggil dalam bulan Oktober 2017 selepas pembentangan Bajet 2017, kempen Pakatan Harapan mesti lebih berfokus dan bijak dengan menumpukan kepada sasaran pengundi yang tepat, isu yang tepat dan kerusi-kerusi Parlimen yang tepat.
Saya telah mengenal pasti isu-isu utama untuk menarik minat pengundi atas pagar di kerusi-kerusi ini. Walaupun mereka (pengundi atas pagar) sedia maklum mengenai skandal 1MDB dan tuduhan menyeleweng dana awam terhadap Dato’ Seri Najib, mereka sebenarnya lebih tertarik kepada isu-isu yang mempunyai kesan langsung kepada kehidupan seharian mereka.
Isu-isu yang telah dikenal pasti paling penting di kalangan pengundi atas pagar ialah:
1. Kenaikan harga barang yang dikira tidak terkawal – sebab itu rata-rata pengundi atas pagar mahukan GST dimansuhkan dan subsidi minyak dikembalikan
2. Kenaikan gaji yang rendah dan tidak setimpal dengan kenaikan harga barang
3. Lambakan pekerja asing yang dirasakan menyempitkan peluang pekerjaan yang ada kepada pekerja tempatan
Jika anda mahu untuk menjadi penentu keputusan pilihanraya umum ke-14 nanti, sila isi borang di laman http://bit.ly/JomJoinINVOKE untuk berdaftar sebagai sukarelawan.
Penyelaras INVOKE Malaysia akan berhubung dengan anda untuk menyebarkan maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan berhampiran anda.
INVOKE Malaysia perlukan sukarelawan daripada pelbagai kemahiran dan pengalaman di setiap pelusuk negara. Daftar sekarang, perubahan boleh berlaku dengan setiap usaha daripada kita.
Saya yakin dengan momentum yang telah dibina, Pakatan Harapan akan berjaya memenangi 50 kerusi marginal yang dikenal pasti untuk membentuk kerajaan di Putrajaya kelak.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

1 comments:

Blogger said...

Did you know you can create short links with AdFly and get cash for every visit to your shortened links.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena