Friday 15 March 2019

[Video Mahathir dalam keadaan panik? EPISODE PERANG BESAR: JUFAZLI - MAHATHIR (Najib Kleptokrasi/Hadi/Taib Mahmud/Musa Aman)] Kerja Sampai Mati? Hati-hatilah dengan kata-kata kita..Jika baik untuk kita, belum tentu baik untuk orang lain.

Jumaat, 15 Mac 2019
EPISODE PERANG BESAR: JUFAZLI SHI AHMAD VS MAHATHIR MOHAMAD Dear Rakyat Malaysia, Mahathir dalam keadaan panik hari ini selepas saya memberi kenyataan terbuka semalam viral dalam Malaysia mendesak untuk beliau meletakkan jawatan. Mahathir terpaksa membuat laporan Polis sebab takut hilang kuasa di Putrajaya. Atas Nama Allah Maha Kuasa, Saya menyahut semboyan Perang Mahathir ini.
KERJA SAMPAI MATI?
Hati-hatilah dengan kata-kata kita yang kita sangka tiada apa-apa.
Ini kerana kata-kata itu juga satu doa buat kita.

Doa disertai dengan usaha untuk realitikan, dengan izin Allah akan dapat dicapai.
Namun hati-hati, kadang-kadang apa yang kita minta itu tidak semestinya baik untuk kita.
Jika baik untuk kita, belum tentu baik untuk orang lain.
Hati-hatilah dengan kata-kata kita yang kita sangka tiada apa-apa.
Ini kerana kata-kata itu juga satu doa buat kita.
Doa disertai dengan usaha untuk realitikan, dengan izin Allah akan dapat dicapai.
Namun hati-hati, kadang-kadang apa yang kita minta itu tidak semestinya baik untuk kita.
Jika baik untuk kita, belum tentu baik untuk orang lain.
Walaupun kita perlukan dan mahukan sangat ia dimakbulkan.
Apabila dimakbulkan seiring dengan usaha kita, rupanya ia bukan perkara baik untuk kita.
Akhirnya menyesal.
Contoh mudah, ramai yang mahukan Najib dan Barisan Nasional tumbang pada PRU-14.
Sehinggakan ada netizen wanita membuat siaran jika kali ini Barisan Nasional kalah dan Pakatan Harapan menang maka beliau akan benarkan suaminya berkahwin satu lagi.
Jelas niat beliau dimakbulkan namun adakah ia yang terbaik buatnya?
Adakah beliau ataupun suami dan madunya serta kaum keluarga mereka tidak terkesan dengan kecuaian, kealpaan dan bodohnya sikap Pakatan Harapan mentadbir-musnahkan negara?
Jika ada, wanita ini tentu menyesal dengan kata-katanya.
Pengundi Pakatan Harapan yang lain juga menyesal tetapi penyesalan wanita ini penyesalan berganda.
Maka hati-hati dengan apa yang kita cakap dan minta.
Seperti ingin kerja sampai mati.
Bertegas pula dengan berkata ini ‘pingat’ atau anugerah yang paling disukai.
Takut-takut Allah makbul dan anugerahkan, sesuai dengan kemahuan.
Maka itulah sahaja yang kita dapat.
Iaitu mati betul ketika sedang bekerja.
Tidak salah minta kerja sampai mati jika kerja kita itu kerja agama.
Dakwah sampai mati, ajar agama sampai mati.
Bukan kerja dunia sampai mati.
Apatah lagi jika mati ketika sedang ‘kerjakan dunia’.
Kematian datang menjemput tanpa bicara, tanpa tanda-tanda, tanpa mengenal usia.
Malaikat maut pula tidak pernah membuat kesilapan dalam kerjanya mencabut nyawa.
Malah malaikat-malaikat lainpun sama.
Jika kita kata malaikat yang tersilap, maka sebenarnya kita yang tersilap.
Allah menciptakan malaikat untuk taat dan beribadat kepadanya sampai kiamat.
Maka betulkanlah kata-kata dan yakin kita sebelum kematian datang menjelma.
Apatah lagi jika umurpun sudah purbakala atau terlalu tua.
Maut tidak mengenal tua ataupun muda, tetapi bila-bila masa.
Berniatlah dan kata ingin beribadat dan beramal sampai mati.
Bukannya pasang angan-angan kerja sampai mati.
Di penghujung usia, berehat dan beribadatlah.
Juga luangkan masa bersama keluarga.
Sebaliknya minta maaflah dengan semua yang kita rasa dengan kata-kata kita membuatkan mereka terasa.
Apatah lagi mereka yang pernah kita aniaya.
Apa yang pernah kita berjanji, maka tunaikanlah semuanya.
Kepada sesiapapun jua, apatah lagi kepada rakyat jika kita adakah pemimpin mereka.
Selagi ada kesempatan, selagi ada masa.
Sudah-sudahlah berdalih dan sibuk merencana.
Jangan ada perasaan dan sangka tanpa kita, negara akan jadi porak poranda.
Kadang-kadang kita dianugerahkan usia yang panjang semata-mata untuk semakin dekat dengan-NYA bukan untuk selamatkan negara.
Kita sahaja perasan ada ‘super power‘.
Semua yang kita suka, harta yang kita gila, anak yang kita sayangi, isteri yang kita kasihi, kroni-kroni yang kita naungi, semuanya akan kita tinggalkan.
Apatah lagi kerja, yang kita mahu buat sampai mati.
Apa yang dibawa hanyalah iman dan amal-amal kita yang masih tidak seberapa.

2 comments:

Cahaya kebaikan said...

Mari kita sama2 renung2kan. Kalau atuk masih lagi berperangai mcm 1998. Itu namanya nak memusnahkan negara malaysia. Dan menyusahkan rakyat. Kita ni keluar mulut buaya masuk mulut singa

Unknown said...

Saya dan rakan2 (penyokong kuat PH) telah bersepakat tidak akan membuka/membaca blog bridegkibaran ini lagi.
Semacam ada yang tersirat bila pihak admin masih lagi menyiarkan video/youtube budak jufazli ini memaki hamun Tun dengan teori politik budak hingusan ini
Ingatlah....benda2 macam inilah yang merosakkan bloggers2 yang mengaku penyokong PH tetapi sebenarnya gunting dalam lipatan
Adios.....

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena