Thursday, 3 August 2017

[Video Mahathir bongkar, SPRM mesti siasat harta Zahid] Hutang 1MDB yang tidak dibayar oleh Najib akan dipikul oleh rakyat termasuk orang Melayu.

Jumaat, 4 Ogos 2017
Foto Otai BERSIH.
Inilah sebab Zahid Jawa meroyan dia tahu dia pasti kalah pru14. Kami org muda bagan dato akan pastikan Zahid ini berkubur pru14..!!
Foto Otai BERSIH.

HUTANG 1MDB
3 Aug 2017
1. Tiba-tiba 1MDB mengaku tidak dapat bayar hutang sebanyak USD600 million / RM2,580 billion kepada IPIC, sebuah dana pelaburan milik Abu Dhabi yang telah jamin hutang oleh 1MDB.
2. Oleh kerana 1MDB sudah diambil alih oleh Kerajaan, maka Kerajaanlah yang gagal bayar hutang.
3. Kenapa tidak?
4. Tak ada duitkah kita?
5. Bila kita hutang kita perlu ada rancangan untuk bayar. Duit yang dihutang bukan untuk belanja hangus. Tentu ada rancangan untuk melabur, untuk dapat keuntungan yang boleh diguna untuk bayar hutang dalam satu jangka masa tertentu.
6. Jika diguna untuk membeli apa-apa, apa yang dibeli akan menjadi aset pegangan peminjam. Aset boleh dijual dan hasil boleh diguna untuk bayar hutang. Taklah semua. Hutang yang perlu dibayar pada Julai 31 hanya separuh sahaja. Lagi separuh boleh dibayar pada bulan Disember.
7. Jikalau harga jualan merugikan pun, sebahagian dari pelaburan atau harta boleh dijual cukup untuk bayar hanya separuh dari hutang.
8. Tetapi Kerajaan tidak dapat bayar. Mana pergi duit yang dihutang. Jika tidak rugi kerana pelaburan atau tidak beli harta yang boleh dijual, dimanakah duit yang dipinjam berada.
9. Sekarang Bank Negara mengeluar bon untuk sebanyak RM2.5 billion. Jika perolehan dari bon mencukupi untuk bayar hutang, soal ke mana pergi wang yang dipinjam masih tidak terjawab. Pinjaman melalui bon perlu dibayar.
10. Pendapat Najib ialah orang Melayu bodoh. Bagi duit secara langsung kepada orang Melayu, mereka tidak akan soal lagi di mana pergi USD600 million. Yang hilang duit Kerajaan. Wang tunai yang diberi secara langsung lebih mudah dirasai dari duit berbillion yang hilang oleh Kerajaan.
11. Dan Najib percaya orang Melayu akan terus sokong Najib. Tetapi orang Melayu bukan bodoh seperti disangka oleh Najib. Mereka sudah sedar duit yang hilang itu adalah duit mereka. Hutang juga akan dibayar oleh mereka dan anak cucu mereka.
12. Hutang yang tidak dibayar oleh Najib akan dipikul oleh rakyat termasuk orang Melayu. Maka akan dinaikkan cukai GST dan lain-lain.
13. Jika hutang negara tidak dibayar, negara akan jadi muflis. Maka negara tidak dapat hutang lagi. Tabung Kerajaan akan merosot. Bukan sahaja dana untuk pembangunan akan kurang dana untuk operasi juga akan terhakis. Akan merosot berterusanlah ekonomi negara.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena