Tuesday, 1 August 2017

[Video Operasi roboh gerai ‘kecoh' sebelum tangguh] Audit: Tekun Nasional rugi RM209.28 juta.

Selasa, 1 Ogos 2017

Audit: Tekun Nasional rugi RM209.28 juta

 | BERNAMA
Logo Tekun Nasional
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) mengalami kerugian terkumpul pada akhir 2015 berjumlah RM209.28 juta disebabkan antara lain faktor tadbir urus korporat kurang memuaskan.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, Audit juga mendapati tiada kajian menyeluruh dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan dana oleh usahawan.
Laporan itu menyatakan antara kerugian melibatkan kegagalan pelaksanaan Portal Keusahawanan Tekun, Kad Komuniti UsahawanTekun dan Cyber Mall yang kesemuanya berjumlah RM872,035.
"Bagi Program Mentor Mentee pula, jawatankuasa program bersama tidak diwujudkan dan laporan bulanan program tidak dikemukakan oleh tiga syarikat mentor tersebut," katanya.
Dari 1998 hingga Jun 2016, Tekun Nasional menerima pembiayaan sebanyak RM1.86 bilion daripada Kementerian Kewangan dan geran RM670 juta daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang diberikan bagi tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi, bantuan kepada mangsa banjir dan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India.
Dalam pada itu, pengauditan yang dijalankan pada Mei hingga Oktober 2016 dan Februari 2017 mendapati secara keseluruhannya Tekun Nasional telah meningkatkan pembiayaan kepada usahawan daripada RM2.69 bilion kepada RM4.29 bilion melibatkan 473,982 usahawan dalam tempoh 18 tahun.
Sementara itu, bagi meningkatkan prestasi pengurusan syarikat, Jabatan Audit Negara mengesyorkan Tekun Nasional mengambil beberapa tindakan termasuk melaksanakan kajian menyeluruh untuk menilai keberkesanan pembiayaan kepada usahawan dan sebab kegagalan perniagaan.
Selain itu, Tekun Nasional perlu memastikan amalan tadbir urus syarikat dari semasa ke semasa terutamanya dari segi kawalan dalaman bayaran dan penerimaan termasuk bayaran kepada individu yang tidak layak.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena