Malaysia nyata komitmen bantu Bangsamoro
TUN Dr Mahathir Mohamad menyatakan komitmennya untuk terus membantu Filipina membangunkan ekonomi kerajaan autonomi baharu di Mindanao, Rantau Berautonomi Bangsamoro di Mindanao Muslim (BARMM). - Foto BERNAMA
MANILA: Malaysia menyatakan komitmennya untuk terus membantu Filipina membangunkan ekonomi kerajaan autonomi baharu di Mindanao, Rantau Berautonomi Bangsamoro di Mindanao Muslim (BARMM).
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan bersama Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di Istana Malacanang di sini hari ini, berkata penubuhan BARMM tahun lalu membantu meningkatkan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara berikutan potensi ekonomi luas di rantau ini.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Duterte atas kejayaan melaksanakan Undang-Undang Organik (BOL) dan pelantikan anggota dalam Penguasa Peralihan Bangsamoro (BTA),” katanya selepas menghadiri pertemuan dua hala secara tertutup dengan Duterte dan anggota kerajaannya.
BH Online
0 comments:
Post a Comment