Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB),
Datuk Rameli Musa berdepan dengan siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
berhubung dengan dakwaan membayar RM1.4
juta kepada editorSarawak Report Clare
Rewcastle-Brown bagi pihak Presiden PAS Dato'
Seri Hadi Awang.
Kalau zaman Umno/Najib yang puak lebai kata zaman dimana puak mereka mengamalkan politik matang dan sejahtera tu, jangan mimpi la nak dapat royalti ni. Hudud dan RUU355 pun kena kencing buta buta gitu je.
Ni zaman PH dimana puak lebai kata zaman gelap Malaysia. Elok je kerajaan PH berlaku adil. Harap rakyat Kelantan sedar la sapa sebenarnya yang betul betul nak bantu mereka. Bukan main politik semata mata seperti puak lebai penunggang agama ni.
Tahniah PH, berusaha menunaikan janji walaupun mengambil masa! Terima kasih.
PM: Jika terpaksa pilih, M'sia suka 'China kaya' berbanding AS
Malaysia lebih sukakan "China kaya" berbanding "Amerika Syarikat yang sukar diramalkan", jika terpaksa berpihak dalam persaingan geopolitik antara kedua-dua kuasa besar, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bercakap dalam temu bual eksklusif kepada South China Morning Post (SCMP), Mahathir mengakui kenyataannya ini berdasarkan pertimbangan "ekonomi semata-mata."
"Pada masa ini, AS sangat sukar diramal tindakan-tindakan yang akan mereka lakukan.
"Kami perlu menerima bahawa China dekat dengan kita, dan ia merupakan pasaran yang besar, kita mahu mendapat manfaat daripada kekayaan China yang semakin meningkat.
"Jadi pada masa ini, secara ekonomi, kita lebih suka China. Secara politik, semestinya kami tidak tertarik dengan sistem pemerintahan yang sangat autoritarian (kuku besi)," kata Mahathir di Manila, seperti yang dilaporkan SCMP sebelum mengadakan pertemuan bersama Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.
Momokan negara Barat
Menurut perdana menteri, pertimbangan Malaysia mengenai hubungannya dengan Beijing tidak akan dipengaruhi momokan (scaremongering) negara-negara Barat yang mendakwa syarikat telekomunikasi China, Huawei terlibat dalam pengintipan.
Putrajaya sebaliknya, membuat sendiri keputusan bebas daripada mengambil isyarat dari luar negara, katanya.
"Apabila China miskin, kita takut kepada China, apabila China kaya, kita juga takut dengan China, saya fikir kita perlu mencari jalan untuk menangani China.
"Kami selalu berkata, kami berjiran dengan China selama 2,000 tahun, kami tidak pernah dijajah mereka. Tetapi orang Eropah datang pada tahun 1509, dan dalam masa dua tahun, mereka menakluki negara kita."
Memantau Huawei dengan teliti
Mengenai isu Huawei, perdana menteri berkata Putrajaya "memerhatikan dengan teliti", perbincangan mengenai sekiranya penglibatan firma itu dalam rangkaian internet berkelajuan tinggi 5G di Malaysia akan menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara.
"Pada masa ini, kami mendapati mereka bukan ancaman terhadap keselamatan kami. Belum lagi, mungkin kemudian.
"Tetapi kami tidak boleh mengikuti tindakan yang diambil oleh negara lain kerana teknologi China seolah-olah mendahului teknologi Barat," katanya.
Beberapa negara Barat, seperti Amerika Syarikat dan Australia, telah menyekat penglibatan Huawei dalam membangun rangkaian sedemikian di negara mereka, menyebut kebimbangan ia boleh menjadi jalan masuk dari "pintu belakang" dalam teknologi yang boleh diakses oleh Beijing.
Huawei baru-baru ini menyaman kerajaan Amerika Syarikat, mengatakan larangan terhadap agensi kerajaan Amerika Syarikat, pekerja dan kontraktor daripada menggunakan produknya sebagai melanggar berperlembagaan.
"Walaupun China menyebarkan pengaruhnya di negara Asean dan di seluruh dunia melalui inisiatif One Belt One Road (Obor) namun tidak kelihatan seperti republik itu "mahu membina empayar," kata Mahathir.
Mahathir juga berkata perang perdagangan Presiden AS Donald Trump dengan Beijing sebagai strategi yang "tidak membuahkan hasil yang positif dan baik".
0 comments:
Post a Comment