Tuesday 4 July 2017

[Video DNA bertukar menjadi Umno? Jelas, PAS Di Blok BN Dalam PRU14] SPRM buru YDP Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perak.

Selasa, 4 Julai 2017

Foto Pakatan Harapan Supporters.
Menurut maklumat yg ada pada kami, kerajaan Kelantan telah menandatangani 1 surat perjanjian dgn sebuah syarikat scammer yg disenarai hitamkan bank negara malaysia dgn mencagarkan hampir sejuta ekar tanah. Nak tanya nik amar.. Betul ke? Takkan tanya pun dikira hina ulamak?
SPRM buru YDP Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perak
Astro Awani | Diterbitkan pada Julai 04, 2017 17:38 MYT
SPRM buru YDP Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perak
Sabri dicari untuk kes melibatkan projek-projek memajukan tanah di sebuah lokasi di Perak serta pembekalan bahan binaan yang berlaku pada tahun 2014. -Foto SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat bagi mengesan Pengarah Syarikat Semarak Sinergi Sdn. Bhd. yang juga merupakan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Perak, Sabri Ahmad Tah bagi menyelesaikan pendakwaan satu kes rasuah di mahkamah.

Dalam kenyataan media oleh SPRM pada Selasa, pihak SPRM memberitahu, individu berkenaan terbabit dengan kes melibatkan projek-projek memajukan tanah di sebuah lokasi di Perak serta pembekalan bahan binaan yang berlaku pada tahun 2014.

"Sabri yang memegang kad pengenalan bernombor 701117-08-6285 mempunyai alamat terakhir di No 11, Jalan SCI 3/12, Garden Villa, Bandar Baru Sunway, Tambun, Ipoh.

"Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat dan mengenali Sabri diminta menghubungi Penolong Penguasa Mohd Zulfadhli Mohamad Yusof di talian 03-88867094 atau 018-2303110," jelas kenyataan terbabit.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena