Saturday, 1 July 2017

[Video LGE: Amerika Nak Takluk Malaysia? PAS & Umno Nak Tutup Scandal Rasuah Najib!] Akhbar: Duta besar UAE dalam skandal 1MDB.

Ahad, 2 Julai 2017


Image result for Gambar Kapal perang US
Kapal induk pengangkut pesawat.

Foto Otai BERSIH.
Rakyat halalkan duit sebegini?

Akhbar: Duta besar UAE dalam skandal 1MDB

Syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan duta Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Amerika Syarikat, Yousef Al Otaiba dilapor menerima dana bernilai AS$ 66 juta yang didakwa dialihkan dari 1MDB, lapor Wall Street Journal.
Laporan itu berkata, dua syarikat yang dikaitkan dengan Yousef yang didakwa menerima sebahagian daripada wang berjumlah AS$ 50 juta, adalah Densmore Investments Ltd yang berpangkalan di Kepulauan British Virgin dan Silver Coast Construction & Boring LLC yang berpangkalan di UAE.
Kedua-dua syarikat itu mula mendapat perhatian umum semasa perbicaraan di Singapura, apabila bank-bank yang gagal membendung pengubahan wang haram berkaitan 1MDB didakwa.
Kedua-dua syarikat itu dinamakan semasa perbicaraan bekas pengurus bank Falcon Private Bank di Singapura, Jens Fred Sturzenegger.
Sturzenegger kemudian dijatuhkan hukuman penjara selama 28 minggu manakala lesen Falcon Private Bank di Singapura dibatalkan.
Beliau didakwa gagal menyekat transaksi mencurigakan, termasuk transaksi AS$ 20 juta kepada Silver Coast Construction & Boring LLC dan urus niaga bernilai AS$ 30 juta kepada Densmore Investment Limited.
Kedua-dua transaksi ini berasal dari akaun Falcon Private Bank di bawah Granton Property Holding Ltd, yang dikawal oleh Eric Tan Kim Loong, seorang ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang yang menggunakan nama Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
Menurut saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), Granton Property Holding merupakan penerima sebahagian bon bernilai AS $ 3 bilion yang dikeluarkan oleh 1MDB untuk usahasama dengan Aabar Investments PJS, yang juga dikenali sebagai Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC) pada bulan Mac 2013.
Wang tersebut telah digunakan antara lain bagi projek Tun Razak Exchange.
Menurut saman sivil pertama DOJ terhadap 1MDB, sebanyak AS$ 1.26 bilion daripada bon berjumlah AS$ 3 bilion didakwa dialihkan ke Tanore Finance Corporation dan Granton Property Holding.
Daripada jumlah ini, AS$ 835 juta dimasukkan ke Tanore Finance Corporation sementara AS$ 430 juta diterima Granton Property Holding.
DOJ mendakwa Tanore Finance Corporation kemudian menghantar wang AS$ 681 juta kepada "Malaysian Official 1" manakala mahkamah Singapura menyatakan bahawa Granton Property Holding menghantar AS$ 50 juta kepada Densmore Investment Limited dan Silver Coast Construction & Boring LLC, yang didakwa WSJ ada kaitan dengan Duta besar UAE.
Secara kebetulan, Yousef bulan lalu berdepan penceroboh yang membocorkan e-melnya, yang antara lain, menunjukkan peranannya dalam melobi Qatar dan kerja-kerja sokongan di Washington.
Menurut WSJ, beberapa e-mel Yousef juga termasuk perihal pertemuan dengan rakan perniagaannya, Shaher Awartani dan Low.
"Otaiba dan Low merupakan kenalan sejak awal tahun 2000 dan Low menggambarkan mengenai persahabatannya dengan Otaiba dalam wawancara sejak beberapa tahun ini," kata laporan itu.
Yousef enggan mengulas tetapi jurucakap kedutaan UAE di Washington mendakwa e-mel itu sebagai "dirancang", menurut laporan itu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena