Monday, 3 July 2017

[Video Rafizi Bela Pemandu Teksi & Pendekkan Usia Isa Samad Di SPAD] Skandal 1MDB menyebabkan nilai ringgit menjadi lemah.

Isnin, 3 Julai 2017



Rafizi Ramli secara langsung.
12 jam
Hari ini saya bersama warga teksi memberi ucaputama. Ikuti ucapan saya bagaimana membela nasib 80,000 keluarga pemandu teksi di seluruh negara.
Foto Suara Rakyat.
DENGAR SEMUA !!!..
Ringgit adalah matawang PALING KUKUH BERBANDING DOLAR US..

KAH !!.. KAH !!.. KAH !!..
Bangga jadi rakyat Malaysia...
Foto Rafizi Ramli.

RINGGIT TERCOROT SEJAK NAJIB JADI PERDANA MENTERI

Minggu lalu, jentera propaganda Barisan Nasional cuba menularkan satu laporan Bloomberg yang menyebut matawang Ringgit menunjukkan prestasi lebih baik berbanding matawang lain bagi suku pertama 2017. Laporan ini kemudiannya dijadikan alasan untuk membidas pihak-pihak yang sering menyuarakan kebimbangan mengenai kejatuhan nilai Ringgit (termasuklah saya), kononnya kritikan kami selama ini tidak benar.

Nilai matawang Ringgit adalah sangat penting kerana peratusan barang import yang digunakan oleh rakyat masih kekal tinggi, terutamanya bahan-bahan makanan. Lebih-lebih lagi harga petrol dan diesel dikira berdasarkan harga rujukan di dalam Dollar AS, maka jika pun harga minyak mentah dunia telah turun, harga petrol dan diesel boleh kekal tinggi akibat nilai Ringgit yang rendah.

Nilai Ringgit ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran matawang yang banyak dipengaruhi oleh iklim ekonomi negara. Oleh itu, kedudukan nilai Ringgit yang rendah dan prestasinya di belakang matawang serantau yang lain memberi gambaran kelemahan pentadbiran ekonomi dan kewangan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Alasan yang selalu digunakan oleh jentera propaganda Dato’ Seri Najib ialah kejatuhan mawatang Ringgit adalah di luar kawalan kerajaan kerana ia disebabkan nilai Dollar AS yang mengukuh, bukannya disebabkan oleh kelemahan ekonomi Malaysia. Mereka yang membawa alasan ini akan memberi contoh bahawa semua matawang serantau yang lain telah jatuh jika dibandingkan dengan Dollar AS, bukannya Ringgit semata-mata.

Oleh itu, saya telah mengambil sedikit masa untuk mengumpulkan data kadar tukaran matawang Ringgit dan matawang lain (iaitu Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan Korea Selatan) berbanding dengan Dollar AS bermula dari tahun 2007 hingga ke akhir Mei 2017. Tujuannya ialah untuk menentukan perkara-perkara berikut:

1. Bagaimana prestasi matawang Ringgit berbanding matawang lain sejak Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Kewangan (dari tahun 2008 hingga 2017)?

2. Bagaimana prestasi matawang Ringgit berbanding matawang lain sejak isu dana 1MDB masuk ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib (dari tahun 2015 hingga 2017)?

Data kadar tukaran matawang berbanding Dollar AS boleh diperolehi secara percuma dari laman Bank Dunia (rujuk laman http://knoema.com/WBGEM2017Mar/world-bank-global-economic-monitor-monthly-update)

Saya sertakan jadual berikut yang menunjukkan kadar tukaran purata matawang serantau berbanding Dollar AS:
https://drive.google.com/drive/folders/0B5_oyhuIPtOjODE3blBwbW1kbzA?usp=sharing

Kadar tukaran matawang tempatan (Local Currency Unit, LCU) berbanding Dollar AS

Daripada jadual ini, saya membuat analisa untuk menilai prestasi Ringgit sejak Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Kewangan dan berita dana 1MDB masuk ke akaun peribadi beliau menjadi pengetahuan umum.

Analisa ini dirumuskan di dalam jadual di link:https://drive.google.com/drive/folders/0B5_oyhuIPtOjODE3blBwbW1kbzA?usp=sharing

Analisa di atas menunjukkan perkara-perkara berikut:

1. Selain dari Indonesia dan Vietnam, matawang Ringgit adalah yang paling teruk berbanding Singapura, Thailand, Filipina dan Korea Selatan jika dibandingkan dengan nilai pada tahun 2007 (iaitu nilai asal sebelum Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Kewangan). Sejak tahun 2008, nilai Ringgit telah susut 27.7% sedangkan nilai matawang naik 6.8%.

Walaupun Thailand mengalami pelbagai kacau bilau sejak tahun 2008 (termasuklah tunjuk perasaan baju merah dan kuning), nilai Bath hampir tidak berubah sejak 2008 yang menunjukkan alasan kononnya semua matawang jatuh berbanding Dollar AS adalah tidak tepat.

2. Lebih teruk lagi, kejatuhan nilai Ringgit sebenarnya jauh lebih cepat berbanding matawang lain sejak berita dana 1MDB masuk ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib dilaporkan oleh Wall Street Journal. Kejatuhan Ringgit berbanding tahun 2015 (iaitu sebelum berita itu dilaporkan) adalah sebanyak 12.3% iaitu tertinggi berbanding matawang lain di rantau ini.

Saya menampilkan analisa ini supaya Dato’ Seri Najib tidak mudah mencuci tangan tidak mahu memikul tanggungjawab dengan kemerosotan nilai Ringgit, yang membawa kesan langsung kepada rakyat akibat kenaikan harga barang dan inflasi.

Bukan sahaja kepimpinan beliau sebagai Menteri Kewangan telah menyebabkan nilai Ringgit menjadi lemah, skandal 1MDB jelas ada kesan besar kepada nilai Ringgit dari analisa yang menunjukkan kadar kejatuhan nilai Ringgit adalah lebih tinggi berbanding matawang lain.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena