Tuesday, 4 July 2017

[Video TERKINI: Apakah Ini 'Jho Low Versi Kelantan'?] Kontrak tanah Kelantan: Husam gesa Bank Negara bertindak.

Selasa, 4 Julai 2017

Kontrak tanah Kelantan: Husam gesa Bank Negara bertindak

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa Bank Negara mengambil tindakan tegas terhadap syarikat yang beroperasi tanpa kelulusan Bank Negara tetapi memeterai perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan melibatkan 1 juta ekar tanah hutan simpan.
Husam mempersoal kelayakan sebuah firma untuk menguruskan tanah tersebut walaupun tidak mendapat kelulusan BNM untuk beroperasi.
"Saya menyeru Bank Negara, janganlah sekadar mengeluarkan amaran tetapi tindakan proaktif terhadap semua skim seperti ini bagi mengelakkan orang awam tertipu. Mereka sudah melabur, kebanyakannya orang Melayu sejak zaman Pak Man Telo lagi.
“Hangus wang berpuluh bilion kerana tidak dipandu pelaburan betul dan mereka cari jalan mudah untuk dapat kekayaan dan pelbagai pihak mengambil kesempatan. Kerajaan negeri pun kadangkala terpedaya," katanya pada sidang media di Wisma Amanah Negara di ibu negara hari ini.
Menurut Husam, syarikat tersebut adalah salah satu dari empat syarikat yang dinamakan oleh Bank Negara menerusi satu senarai pemerhatian atau amaran kepada pengguna pada 23 Jun.
Pada 26 Jun, Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob mengumumkan projek perniagaan karbon bertaraf dunia diluluskan kepada Climate Protectors Sdn Bhd walaupun BNM menamakan syarikat itu dalam senarai pemerhatian atau amaran kepada pengguna pada 23 Jun.
Senarai syarikat dan laman sesawang berkenaan tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir BNM.
Climate Protectors memeterai perjanjian dengan Kelantan pada 9 Januari, 2017. Perjanjian itu meliputi tempoh 30 tahun.
Climate Protector dilaporkan sebagai "syarikat kredit karbon" pertama di Malaysia yang mendakwa teras perniagaannya ialah “inisiatif melindungi alam sekitar daripada pemusnahan hutan dan degradasi (REDD)".
Bagaimanapun, lima bulan lalu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan itu bercanggah dengan syarat ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Senarai syarikat dan laman sesawang berkenaan tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh Bank Negara.
Firma itu memeterai perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan pada 9 Jan, 2017. Perjanjian itu meliputi tempoh 30 tahun.
Bagaimanapun, Husam yang juga Adun Salor berkata kerajaan negeri kini perlu tampil menyatakan tindakan seterusnya selepas Bank Negara mengeluarkan amaran itu.
“Selepas pendedahan ini, apa tindakan yang akan diambil oleh kerajaan Kelantan?,” soal Husam.
Penasihat Amanah Kelantan itu turut mempersoal Ahmad Yaakob yang tidak mengambil berat kenyataan Bank Negara yang dikeluarkan tiga hari sebelum projek diumumkan.
"Rakyat berhak mengetahui sama ada langkah firma tersebut yang beralamat di Kota Bharu menggunakan kelulusan sejuta ekar tanah hutan simpan Kelantan itu dengan mengutip wang orang ramai dengan menjual token dipersetujui kerajaan negeri?
"Apakah syarikat mengutip wang secara haram menggunakan kelulusan kerajaan negeri," soalnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena