Saturday, 5 August 2017

[Video Betapa liciknya & jahatnya Kjaan Najib lumpuhkan sistem perlembagaan] Pelantikan Raus "titik hitam" dalam sejarah kehakiman Malaysia, kata Anwar.

Ahad, 6 Ogos 2017

Pelantikan Raus "titik hitam" dalam sejarah kehakiman Malaysia, kata Anwar

Anwar dan tukul
Majlis angkat sumpah Pelantikan Tan Sri Md Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara malam tadi telah menjadi satu "titik hitam" dalam sejarah kehakiman dan perlembagaan di Malaysia, tegas Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pelantikan ini, serta pelantikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, diteruskan oleh Datuk Sri Najib Razak walaupun menerima bantahan pelbagai pihak termasuk dari pakar perundangan tersohor, Majlis Peguam dan wakil-wakil rakyat.
"Paling jelas, Perlembagaan Persekutuan negara ini dengan terang tidak membenarkan pelantikan-pelantikan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tan Sri Md Raus SharifMd Raus malam tadi mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara selama tiga tahun berkuatkuasa semalam.
Beliau menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, pelantikan ini menonjolkan sikap Najib yang langsung tidak menghiraukan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang Malaysia.
Tindakan Najib ini katanya hanya mementingkan diri sendiri dan menunjukkan betapa terdesaknya beliau untuk terus berkuasa pada ketika Malaysia dibelenggu skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara yang turut membabitkan dirinya.
"Tindakan terbaru ini terus menjadi bukti bahawa selagi Najib dan BN berkuasa, selagi itu nama baik negara dan kebajikan rakyat berada dalam bahaya.
"Marilah kita mengukuhkan iltizam dan bersatu bersama Pakatan Harapan untuk mengalahkan BN dalam membangunkan negara yang berkhidmat demi rakyat, dan bukannya demi kelompok elit kecil yang tamak haloba lagi tidak berprinsip," tegasnya yang juga Ketua Umum PKR.
Dalam pada itu beliau mengucapkan tahniah kepada ahli Parlimen Pakatan Harapan yang mengambil pendirian yang cukup kuat dan berprinsip menentang pelantikan-pelantikan yang melanggar Perlembagaan ini dengan menyembahkan warkah berkenaan hal ini kepada Yang di-Pertuan Agong Khamis lalu.
"Ketetapan yang diluluskan Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Peguam pada 3 Ogos, termasuk pengisytiharan hilang kepercayaan terhadap Tan Sri Raus, membuktikan Majlis Peguam cukup prihatin terhadap pelantikan-pelantikan ini," katanya.
Khamis lalu, Pakatan Harapan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk merujuk keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh jawatan ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan, kepada Mahkamah Persekutuan.
Pada hari yang sama, Badan Peguam Malaysia telah meluluskan usul di mesyuarat agung luar biasanya yang memutuskan bahawa pelantikan Md Raus dan Zulkefli sebagai hakim tambahan dan bahawa lanjutan mereka memegang jawatan Ketua Hakim Negeri dan presiden Mahkamah Rayuan, melepasi had usia 66 tahun dan enam bulan, adalah tidak berperlembagaan.
Pada 1 April lepas, Md Raus dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-14 bagi menggantikan Tun Arifin Zakaria yang bersara pada usia 66 tahun dan 6 bulan pada 31 Mac lepas. Umur persaraan bagi para hakim ialah 66 tahun.
Sebelum ini, Md Raus sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dilanjutkan perkhidmatannya selama enam bulan dari 4 Februari ke 3 Ogos. Pada tempoh sama, beliau dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu pada 1 April.

1 comments:

noor hanan mohd nuruddin said...

Dari setiap 3 hakim...2 akan masuk neraka.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena