Wednesday 13 March 2019

[Video 'Ancam simbah asid' JPM (Hal Ehwal Agama) membuat laporan polis] Dulu tak kelapaq! La ni kelupoq kalau tak dapat peluk Umno, tak gitu lebai? Mujahid jumpa Zakir Naik.

Khamis, 14 Mac 2019

Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berhubung satu video yang tersebar di media sosial. Wakil daripada pejabat menteri Datuk Seri Mujahid, Mohd Fikri Abd Rahman bersama seorang lagi pegawai membuat laporan polis ekoran video sepanjang dua minit 39 saat itu memaparkan satu sesi perbincangan antara empat individu yang antara lainnya menjadikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai topik perbincangan. Video itu kemudian diakhiri dengan seruan supaya Mujahid disimbah asid.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, luaran
Dulu tak kelapaq.. La ni kelupoq kalau tak dapat peluk umno. Tak gitu lebai?
Imej mungkin mengandungi: teks
Kami Viral
No photo description available.

Mujahid jumpa Zakir Naik

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof hari ini mengadakan pertemuan dengan pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik.
Pertemuan diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Kuala Lumpur dan berlangsung kira-kira sejam tengah hari tadi.
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata antara perkara yang dibincangkan adalah tiga gagasan yang dibawa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) iaitu 'Rahmatan Lil Alamin', 'Maqasid syariah' dan 'Model Malaysia', selain masalah berita palsu yang dilihat semakin serius di Malaysia.
"Pertemuan penuh mahabbah bersama Dr Zakir. Pengalaman dakwahnya ke seluruh pelusuk dunia menjadi inspirasi buat kita untuk meneruskan kerja dakwah. Semoga Allah memperteguh usahanya untuk membimbing manusia mengenali Islam," katanya.
Zakir yang berasal dari India kini tinggal di Putrajaya dan mempunyai status penduduk tetap.
Mujahid antara pihak yang dilihat tidak setuju dengan pendekatan ceramah Zakir yang biasanya membandingkan Islam dengan agama lain dan dengan nada lantang.
Tahun lalu, beliau dikecam beberapa pihak, antaranya pemimpin PAS, apabila menyifatkan kaedah Zakir tidak sesuai di Malaysia.
"Kalau tanya saya, saya kira cara penyampaian dakwah Zakir adalah tidak sesuai di Malaysia.
"Kita tidak perlukan kaedah perdebatan yang mencaci agama orang lain, tetapi kaedah penyampaian dakwah yang lebih intelek dan tenang tanpa merendahkan maruah agama lain,” katanya seperti dipetik FMT.
Menjelaskan kepada Malaysiakini keesokannya, beliau berkata tetap menghormati Zakir sebagai seorang pendakwah dan meraikan perdebatan yang sihat tetapi tetap mengatakan ia perlu sesuai dengan Malaysia yang memiliki pelbagai kaum dan agama.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena