Monday, 11 March 2019

[Video TMJ bukan wakil rakyat - Dr M] Puak Lebai fitnah selamba aje, SUA TPM tak reti buat kerja ke? Lapor la kat SKMM/Polis & Kutip aje pemfitnah neh! Menteri Komunikasi dan Multimedia: Komen di portal berita mungkin tidak dibenarkan.

Isnin, 11 Mac 2019
KiniTv
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa berselindung hari ini membidas kenyataan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendakwa kerajaan pusat tidak merujuk Majlis Raja-raja Melayu ketika membuat keputusan menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Dr Mahathir berkata demikian kepada wartawan selepas istiadat pembukaan penggal kedua Parlimen ke-14 di Kuala Lumpur hari ini. Tunku Ismail dalam ciapan di Twitter semalam mendakwa Putrajaya melemahkan Majlis Raja-raja Melayu dengan tidak merujuk kepada mereka. Pada Jumaat lalu, Tunku Ismail mendakwa langkah kerajaan untuk menyertai Statut Rome akan menjadikan Raja-raja Melayu tidak relevan dan memberi kesan kepada kedudukan Melayu dan Islam di Malaysia. Wisma Putra semalam dalam satu kenyataan berkata kedudukan Seri Paduka tidak akan terancam. Wisma Putra juga berkata Dr Mahathir pada 26 Disember 2018 telah menulis kepada pemangku Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Nazrin Shah berkenaan Statut Rom. ICC telah ditubuhkan di bawah Statut Rom dan telah berkuat kuasa pada tahun 2002. Ia merupakan mahkamah jenayah antarabangsa yang pertama berasaskan triti dengan matlamat melaksanakan siasatan dan dakwaan ke atas mana-mana individu yang disyaki melakukan jenayah antarabangsa yang sangat serius seperti genosid, jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah pencerobohan. Setakat 4 Mac 2019, sejumlah 124 negara telah menyertai Statut Rom. Antaranya negara yang mengamalkan sistem raja beperlembagaan seperti Belgium, Kemboja, Denmark, Jepun, Jordan, Lesotho, Liechtenstein, Luxembourg, Belanda, Norway, Samoa, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom. Jemaah Menteri kemudiannya memutuskan supaya negara menyertai statut berkenaan pada 12 Dis tahun lalu. Keputusan Jemaah Menteri itu telah disembahmaklum kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah pada 15 Januari lalu.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Puak Lebai fitnah selamba aje. SUA TPM tak reti buat kerja ke?? Lapor la Skmm/Polis kutip pemfitnah neh bodo..!!
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

Komen di portal berita mungkin tidak dibenarkan

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata pihaknya sedang mempertimbangkan keperluan mengambil tindakan terhadap portal berita yang membiarkan pembaca meninggalkan komen yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja.
Katanya, sekiranya pengendali portal seumpamanya tidak memantau komen seperti itu, ia boleh menyebabkan kemarahan dan masalah yang lebih besar.
"Saya terima banyak aduan daripada masyarakat dan mereka mengatakan kelihatan seolah-olah tidak ada sebarang pemantauan oleh pengendali portal tentang apa yang dikeluarkan di bahagian komen portal mereka.
“Saya dalam proses menimbang sama ada perlu atau tidak satu undang-undang digubal untuk aspek itu tetapi ia masih perkara dalam pertimbangan, belum dibawa ke (mesyuarat) Kabinet lagi,” katanya, seperti dipetik Bernama.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena