Monday, 11 March 2019

[Video Pengendali portal berita wajib pantau semua komen] Streram kekal calon PH di PRK Rantau.

Isnin, 11 Mac 2019
KiniTV
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata pihaknya sedang mempertimbangkan keperluan mengambil tindakan terhadap portal berita yang membiarkan pembaca meninggalkan komen yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja. Katanya, sekiranya pengendali portal seumpamanya tidak memantau komen seperti itu, ia boleh menyebabkan kemarahan dan masalah yang lebih besar. "Saya terima banyak aduan daripada masyarakat dan mereka mengatakan kelihatan seolah-olah tidak ada sebarang pemantauan oleh pengendali portal tentang apa yang dikeluarkan di bahagian komen portal mereka. “Saya dalam proses menimbang sama ada perlu atau tidak satu undang-undang digubal untuk aspek itu tetapi ia masih perkara dalam pertimbangan, belum dibawa ke (mesyuarat) kabinet lagi,” katanya, seperti dipetik Bernama. Gobind berkata demikian kepada pemberita di lobi parlimen hari ini ketika mengulas titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Dewan Rakyat ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 yang bermula hari ini. Antara lain, Sultan Abdullah bertitah mahu tindakan tegas diambil terhadap perbuatan yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara termasuk penggunaan media sosial secara tidak bertanggungjawab. Sementara itu, Gobind berkata pengendali portal berita perlu berhati-hati dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan bahagian komen portal mereka tidak mengundang masalah. “Kita dengar apa yang disampaikan Seri Paduka cukup jelas bahawa kita faham di era ini kita bergantung kepada media sosial, tetapi dalam masa sama, pada setiap masa kita perlu beri keutamaan kepada perpaduan negara dan keselamatan negara,” katanya. Ahli parlimen DAP itu berkata kementeriannya sudah menyediakan beberapa pindaan undang-undang yang diharap dapat dibentangkan dalam sesi parlimen kali ini. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan perincian lanjut berhubung perkara itu. “Saya harap saya ada masa dalam sesi ini untuk bentangkan pindaan itu. Saya akan umumkan pindaan-pindaan itu kepada masyarakat awam sekiranya ia dapat dibentangkan nanti,” katanya.
Motivasi kepada anda yg lebih muda.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Agaknya kalau kita lihat ni... Sanggupkah kita nak suka2 minta mc?

Streram kekal calon PH di PRK Rantau

Pakatan Harapan (PH) kekal mencalonkan Dr S Streram di PRK DUN Rantau.
Perkara itu diumumkan Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, sebentar tadi.
Streram yang merupakan timbalan ketua cabang PKR Rembau sepatutnya bertanding di situ pada PRU ke-14, tetapi dihalang menghantar borang pencalonan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ia menyebabkan pemangku presiden Umno Mohamad Hassan menang tanpa bertanding.
Mahkamah Khas Pilihan Raya kemudian mengisytiharkan kemenangan itu tidak sah dan terbatal, serta mengarahkan pilihan raya semula diadakan.
SPR mengumumkan penamaan calon bagi PRK itu pada 30 Mac manakala hari mengundi pada 13 April ini.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena