Tuesday 23 April 2019

Kecoh isu Lukisan Doraemon Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020? Kerajaan tak pernah luluskan promosi pameran Doraemon [Video PEMIMPIN PAS NAMPAK LEBIH JELAS KERANA DUDUK ATAS POKOK?]

Rabu, 24 April 2019

Jom Channel
Kata Mohd Amar, Hadi betul-betul meletakkan kepentingan maslahah Islamiyah, di nombor satu. "Presiden kita ini pula maklumatnya banyak, ambo berani kata tok guru Presiden maklumatnya tentang politik Negara, tentang keselamatan Negara dan macam-macam. Seolah-olah dia ini Perdana Menteri" katanya.
Kecoh isu Lukisan Doraemon Sempena Tahun Melawat Malaysia.


Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang duduk, orang makan dan makanan
Inilah orang yang mengetuai Balai Seni Lukis Negara yang beri cadangan untuk membawa animasi Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Beliau juga adalah bekas KSU disebuah kementerian.
Yang kecoh isu Lukisan Doraemon Sempena Tahun Melawat Malaysia inilah orang yang didalam laporan BH dibawah, dia adalah Pengerusi Balai Seni Lukis Negara.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, makanan
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks

‘Kerajaan tak pernah luluskan promosi pameran Doraemon’


Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi tampil menafikan bahawa pameran lukisan bertemakan kartun animasi Jepun, Doraemon adalah sebagai sebahagian bahan tarikan dan promosi pelancongan sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020).
“Saya tidak pernah meluluskan sebarang gerak promosi membabitkan watak kartun animasi Jepun itu dan ia sama sekali tidak termasuk dalam promosi kita.
“Sebaliknya ia adalah kenyataan peribadi Pengerusi Balai Seni Negara (Rashidi Hasbullah) ketika menghadiri majlis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), bulan lalu.
“Ia cadangan beliau dan jika perkara itu diangkat kepada saya, saya tidak akan luluskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rashidi sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya bercadang mengadakan pameran lukisan bertemakan kartun Doraemon sempena TMM 2020.
Katanya, pameran lukisan berkenaan secara tidak langsung dapat mempromosikan Malaysia di mata dunia kerana Doraemon mempunyai ramai peminat di seluruh negara.
Laporan itu kemudiannya menjadi tular dan mengundang pelbagai reaksi, khususnya yang negatif.
Mengulas lanjut, Mohamaddin berkata, jika usaha mempromosi watak karun Doraemon itu benar-benar berlaku, sudah pasti ini akan dijelaskannya pada sesi sidang media prestasi kementeriannya, Isnin lalu.
“Saya berharap orang ramai tidak terkeliru dengan apa viral di media sosial itu dan saya berharap kenyataan ini dapat memberi gambaran jelas kepada umum.” katanya.
Menurutnya, jika kerajaan mahu mengangkat watak animasi, sudah semestinya beliau akan memilih watak kartun yang popular di Malaysia dan bukannya dari negara lain.
“Saya berharap perkara viral ini tidak lagi diteruskan kerana ia akan mengelirukan orang ramai,” katanya.
Malaysiakini.

1 comments:

nick said...

Melayu UMNO kaki samun dan melayu PAS kaki fitnah. Doa sapa yang Allah kabulkan agaknya? Dalam PRU 14 doa kedua2nya tak makbullangsung! Ada baik umat islam menjauhkan diri dari penyamun2 dan pak lebai kaki fitnah ni sebab kat akhirat nanti, akan dapat saham jika sokong puak2 haram jadah ni. Itu belum lagi kira saham yang bakal di terima akibat buat Bidaah Amanat Hadi dan kes kafirkan sesama islam. Jangat ingat sebab kamu berniat baik konon2 memfitnah demi Islam, kamu akan dapat lepas dari terima hukuman! Fitnah tu bukan sebahagian dari perjuangan Islam dan terima duit rasuah bukan sebahagian dari perjuangan menegakkan Islam. Ingat2lah wahai melayu!

Nick.
cape Tiger

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena