Thursday 18 April 2019

Bukan biyashe biyashe punya salah transaksi RM30.87 juta, tak kan bank SILAP proses cek kut? Walamak hinggakan orang yang bikin paip dan tangki di rumah Najib dipanggil memberi keterangan..Malu apa bosskau walaun! [Video RASUAH Berjemaah]

Jumaat, 19 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
18.4.19 Bukan biyashe biyashe punya salah tempat perpuluhan. Dari 3.5Juta boleh jadi 3.5k sahaja. #Goyangapabosku http://bit.ly/2KO0SIO
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
 Najib bagi cek kepada parti dari akaun SRC. Malu apa bossku..
Imej mungkin mengandungi: 1 orang

Walaupun ia akaun Peribadi tapi tidaklah seperti akaun peribadi saya. -Najib Razak.
Kalau boleh tipu syarie buat apa nak bercakap jujur?

DARI MANA DAN KE MANA WANG DALAM AKAUN BEKAS PM DI AMBANK DIBELANJAKAN?

Senarai transaksi-transaksi di bawah adalah berdasarkan bukti gambar cek yang telah ditunjuk di mahkamah. Pegawai-pegawai Bank Negara Malaysia, AmBank, malah orang yang bikin paip & tangki di rumah Najib semuanya telah dipanggil memberi keterangan.

1. 12 Disember 2014
RM20 juta dari akaun SRC International (211-202-200973-6) disalurkan ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan program-program Yayasan 1MDB. Ihsan Perdana dipimpin oleh Shamsul Anwar Sulaiman, seorang bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput merangkap bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

2. 21 Januari 2015
RM3.5 juta dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201189-8) disalurkan ke akaun firma guaman peguam UMNO Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

3. 30 Januari 2015:
RM240,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Vital Spire Sdn Bhd.
(Saya belum kenal pasti syarikat apa ini)

4. 2 Februari 2015:
RM2.5 juta dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun firma guaman Zulqarnain & Co.

5. 8 Februari 2015
RM300,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Centre For Strategic Engagement Sdn Bhd, sebuah syarikat propaganda & analisis politik.

6. 12 Februari 2015
RM238,914 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Lim Soon Peng, seorang pemaju hartanah yang memiliki Titijaya Land Berhad.

7. 12 Februari 2015
RM100,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun syarikat ABS Trend Master Sdn Bhd, sebuah syarikat perabot dapur.

8. 12 Februari 2015
RM400,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Rumah Penyayang Tun Abdul Razak yang terletak di Pekan, Pahang.

9. 12 Februari 2015
RM50,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Asmadi Abu Talib, calon BN yang kalah dalam PRU14 di kerusi DUN Merbau Pulas, merangkap Ketua Bahagian UMNO Padang Serai

10. 12 Februari 2015
RM13,800 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun peribadi Manisah Othman.
(Saya belum kenal pasti siapa ini)

11. 13 Februari 2015
RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun UPKO, sebuah parti komponen BN pada ketika itu.

12. 17 Februari 2015
RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Solar Shine Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mencetak payung, kemeja, topi, kalendar, cawan & 'hadiah-hadiah' 1 Malaysia yang diagihkan dalam musim PRU.

13. 24 Februari 2015
RM77,300 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Syadilah Enterprise.

14. 24 Februari 2015
RM56,500 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Moz Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat paip air yang diupah menjalankan kerja-kerja pembaikpulihan paip-paip di rumah Najib di Langgak Duta.

15. 26 Februari 2015
RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Jawatankuasa UMNO negeri Pulau Pinang.

16. 26 Februari 2015
RM300,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun UMNO. Bahagian Johor Bharu

17. 9 Mac 2015
RM103,361.17 dari akaun syarikat (202-1160010-0) disalurkan ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan program-program Yayasan 1MDB. Ihsan Perdana dipimpin Shamsul Anwar Sulaiman, seorang bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput merangkap bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

JUMLAH AGIHAN: RM30.87 JUTA

SIAPA YANG TANDATANGAN CEK-CEK INI?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena