Sunday, 21 April 2019

Walaun kenai tak hulubalang penyamun, taukeh UmnoBN? Kerajaan PH sedang bersihkan negara dengan operasi banteras RASUAH secara besar2an..Ayuh, kita sokong! M'sia perlu selangkah di depan tangani harga minyak sawit [Video Woiii, Guan Eng tu Cina bukan Jawa, Menteri Cina DAP selamatkan Melayu]

Ahad, 21 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, teks

Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Kerajaan PH sedang bersihkan negara dengan operasi banteras Rasuah secara besar-besaran. Ayuh, kita sokong!

Daim: M'sia perlu selangkah di depan tangani harga minyak sawit

Malaysia perlu selangkah di depan dalam merancang cara untuk bertindak balas terhadap turun naik harga pasaran minyak sawit bagi melindungi sumber pendapatan negara itu, serta kebajikan pekebun kecil, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin.
Beliau berkata oleh kerana Malaysia sebuah negara kecil dan 80 peratus daripada minyak sawit mentah (MSM) dan produk berasaskan minyak sawitnya dieksport, adalah penting untuk negara bekerjasama dengan Indonesia, pengeluar terbesar komoditi itu di dunia, terutamanya dalam menangani cabaran daripada Kesatuan Eropah (EU) dan pertikaian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.
'’Kita perlu bekerjasama dengan Indonesia kerana Malaysia sendiri ialah sebuah negara kecil (dengan 31 juta penduduk setakat 2017) dan bersama-sama dengan Indonesia yang mempunyai 264 juta penduduk, kita boleh perjuangkan perkara ini bersama-sama,” katanya kepada Bernama.

BN timbang tanding PRK Sandakan, guna isu minyak sawit

BN mempertimbangkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Sandakan ketika hari pencalonan tidak sampai seminggu, kata sumber kepada Malaysiakini.
Menurut sumber, pemimpin Umno Sabah sudah berjumpa dengan Presiden MCA Wee Ka Siong untuk berbincang berhubung calon yang mahu diletakkan di kerusi parlimen itu.
"Calon mungkin dari MCA atau calon langsung BN, seperti di PRk Cameron Highlands. Saya ingat ada tiga calon yang berpotensi, dua daripada mereka adalah peguam.
"Majlis Tertinggi Umno akan bermesyuarat pada 22 April pukul 3 petang, dan sebelah petang pula mesyuarat Majlis Tertinggi BN, bagi membincangkan lebih lanjut PRK itu," kata sumber.
Sumber juga berkata, memandangkan Sandakan merupakan kawasan majoriti Cina, BN perlu meletakkan calon dari kaum Cina.
Sandakan mempunyai 51 peratus pengundi Cina. Pengundi bumiputera terdiri daripada 26 peratus, Melayu 16 peratus dan lain-lain etnik tujuh peratus.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena