Sunday 21 April 2019

Muslihat jahat UMNO terbongkar & Ayuh, Melayu bersatu kita tolak UMNOBN! Bukti UMNO Perak rasuah dikemukakan dalam DUN! Hakim wanita antara calon CJ [Video Panas Telinga Najib Asyik2 1MDB! Pasir Salak mengamuk?]

Ahad, 21 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: teks
Muslihat jahat UMNO terbongkar!
Imej mungkin mengandungi: teks

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk dan teks

Laporan: Hakim wanita antara calon CJ

Media melaporkan Hakim Mahkamah Persekutuan Tengku Maimun Tuan Mat merupakan salah satu daripada tiga nama yang dihantar Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) kepada Majlis Raja-Raja untuk dipertimbangkan bagi menggantikan Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara, lapor The Malaysian Insight.
Sekiranya dilantik menjadi ketua hakim, Tengku Maimun akan menjadi ketua hakim wanita yang pertama negara.
Tengku Maimun berkhidmat sebagai suruhanjaya kehakiman pada 2006 sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Dia kemungkinan dinaikkan ke Mahkamah Rayuan pada 2013 dan seterusnya dilantik menjadi hakim Mahkamah Persekutuan Nov lalu.
Nama kedua yang dihantar adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Azhar Mohamed, seorang tokoh dalam bidang kehakiman dan sudah berkhidmat selama 40 tahun. Dia dinaikkan ke mahkamah tinggi pada 2014, kira-kira 10 tahun selepas dilantik menjadi pesuruhjaya kehakiman pada 2014, lapor TMI.
Azhar ketika ini masih berada dalam JAC, selepas dilantik pada 2017 oleh pemerintahan Najib Razak.
Nama ketiga yang dilaporkan dihantar ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Idrus Harun, yang dilantik pada Nov tahun lalu.
Idrus merupakan abang kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun dan pernah berkhidmat sebagai ketua peguam cara negara dan penasihat undang-undang kepada SPR dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Malanjum bersara sebagai ketua hakim pada 12 April lalu selepas menyandang jawatan itu selama sembilan bulan.
Susulan persaraan Malanjum, Singapore Straits Times memetika sumber yang mengatakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyerahkan nama calon awal bulan lalu kepada Yang Di-Pertuan Agong namun tetapi tidak mendapat perkenan.
Jumaat lalu, Mahathir berkata pencalonan pengganti Malanjum sedang menunggu perkenan Majlis Raja-Raja.
"Kelihatannya terdapat peruntukan untuk pelantikan tersebut diserahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan bukan sahaja Agong.
"Kami telah memaklumkan kepada Agong. Terdapat keperluan untuk (baginda) memaklumkan kepada raja-raja yang sedang dilakukan sekarang dan kami sedang menunggu Majlis Raja-Raja Melayu untuk memberi perkenan," kata Mahathir pada sidang media 19 Apr lalu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena