Friday 26 April 2019

Well said..Ada prti di M'sia ni tak undi dia macam keluar Islam terus? 'Kes Bosskau Walaun' RM64 juta masuk ke akaun peribadi Najib? [Video Saifuddin tepis dakwaan kerajaan sepenggal]

Jumaat, 26 April 2019
Sinar TV
1. Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’ dasar baharu negara 2. Wanita rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Chennai 3. R&R Machap guna tenaga solar fotovolta 4. Harapan saksi James Bond Iban pertama tidak kesampaian
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Well said. 
Ada prti di M'sia ni tak undi dia macam keluar Islam terus.
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri dan teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
RM64 juta masuk ke akaun peribadi Najib - Saksi
Apr 24, 2019 (Dikemaskini Apr 24, 2019)
KES NAJIB | Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi hari ini mendedahkan sebanyak RM64 juta dimasukkan ke dalam akaun semasa milik Najib Razak pada tahun 2014 dan 2015.
Beliau memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa daripada jumlah itu sebanyak RM37 juta dimasukkan daripada akaun syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd iaitu syarikat yang menjalankan tanggungjawab sosial korporat untuk SRC International Sdn Bhd.
Uma Devi, yang membacakan penyataan saksinya, berkata berdasarkan kepada rekod transaksi masuk akaun semasa AmPrivate Banking-1MY milik Najib bernombor 211-202-201188-0, menunjukkan RM27 juta dimasukkan ke akaun itu pada 8 Julai 2014.
Saksi pendakwaan ke-21 itu berkata, jumlah sama dimasukkan ke dalam akaun sama milik Najib pada 26 Disember 2014 daripada akaun Ihsan Perdana dan syarikat itu juga memasukkan RM10 juta lagi ke dalam akaun tersebut pada 10 Februari 2015.
“Mengikut Akta Keterangan 1950 di mana saya sahkan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan saya semua cetakan dokumen (transaksi penyata akaun bank) dibuat dengan cetakan komputer dan komputer berada dalam keadaan baik, “ katanya ketika diminta mengesahkan dokumen itu pada perbicaraan kes Najib yang menghadapi tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Uma Devi berkata demikian ketika merujuk penyata ambank milik Najib bernombor 211-202-201188-0 AmPrivate Banking-1My dari tempoh 31 Julai 2013 hingga 9 Mac 2015.
Katanya, Najib menamakan nama utama dalam akaun itu ialah AmPrivate Banking-1My manakala nama Najib diletakkan kemudian.
Keluar cek nilai lebih RM250,000
“Nik Faisal Ariff Kamil (bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International) dilantik sebagai pegawai diberi kuasa bagi semua akaun Najib.
"Ini akan membolehkan Nik Faisal menguruskan akaun Najib di Ambank tanpa perlu merujuk kepada mana-mana akaun secara khusus, juga surat benarkan ambil buku cek dan penyata akaun,” katanya.
Katanya, surat arahan bagi pegawai diberi kuasa dikeluarkan oleh Najib sendiri kepada Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, pada ketika itu.
Beliau berkata surat kebenaran itu membolehkan Nik Faisal mengeluarkan cek bernilai lebih RM250,000 di mana akaun tersebut diberi kemudahan untuk mengeluarkan cek.
Saksi itu berkata pada 23 Jun 2014, Nik Faisal telah mengeluarkan satu surat arahan supaya RM3 juta dipindahkan daripada akaun Najib bernombor 211-202-2011888-0.
“Daripada jumlah itu,sebanyak RM1 juta telah diarahkan dimasukkan ke akaun peribadi milik Najib bernombor 211-202-201189-8,”katanya.
Katanya, manakala, baki RM2 juta pula dikreditkan ke akaun peribadia Najib yang bernombor 211-202-201190-6.
Uma Devi juga berkata, wang berjumlah RM20 juta juga dipindah keluar dari akaun 211-202-201188-0 dan dimasukkan ke akaun semasa lain AmPrivate Banking-1My milik Najib bernombor 211-202-201190-6 pada 8 Julai 2014.
Beliau menjelaskan, RM3 juta pula dipindah keluar daripada akaun 211-202-201190-6 dan dimasukkan ke dalam akaun semasa Najib bernombor 211-202-201189-8.
“Nik Faisal turut mengeluarkan surat arahan debit mengarahkan Ambank Cawangan Jalan Raja Chulan untuk memindahkan RM3,282,734.16 daripada akaun Najib dan dikreditkan amaun RM449,586.95 kepada kad kredit Visa Platinum.
"Selebihnya, iaitu RM2,833,147.21 dikreditkan kepada kad kredit Master Card Platinum,” katanya.
Terdahulu, saksi itu berkata RM27 juta dipindah keluar ke Syarikat Permai Binaraya Sdn Bhd pada 29 Disember 2014 melalui arahan pindahan daripada Najib manakala RM10 juta dipindah keluar pada 10 Februari 2015 kepada akaun Najib bernombor 211-202-201190-6.
Saksi itu turut mengesahkan sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya semua dokumen dalam keadaan baik dari segi perjalanan dan seliaan Ambank semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.
Pada sesi pagi, Uma Devi berkata RM4 billon dimasukkan ke dalam akaun semasa SRC bernombor 2112022009736 antara Ogos 2011 dan Mac 2012.
Katanya, RM2 billon dimasukkan ke akaun itu pada 29 Ogos, 2011 dalam empat transaksi iaitu RM500 juta setiap satu transaksi manakala RM2 bilion lagi dimasukkan pada 28 Mac 2012.
Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta
Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB
1 tuduhan salah guna kuasa

1 comments:

nick said...

PAS adalah parti ulamak palsu. Buat bidaah lepas tu sebar kononnya bidaah amanat hadi tu wajib ditaati. Sedarlah wahai umat Islam, BIDAAH itu tempatnya di neraka. Bidaah tu khusus kepada mereka2 yang mengadakan benda dan ajaran baru yang tidak pernah diungkapkan dan tidak diajarkan oleh Rasulullah SAW. Amanat hadi tu majlis fatwa sudah pun fatwakan sebagai sesat iaitu ianya BIDAAH!. PAS masih lagi dok menyanjung pembuat bidaah tu dan masih lagi mengamalkan bidaah tu? Peringatan kepada umat Islam, ulamak palsu jangan ditaati. mereka bertuhankan duit dan mereka menyeru kepada kehancuran. Bidaah bukan perkara yang kecil disisi Allah dan RasulNYA. You do it at your own peril and you have been warned and I take leave of you who do not take heed of this warning!

Nick.
cape Tiger.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena