Monday 15 April 2019

[Video MALAYSIA TERAJUI USAHA PROMOSI MINYAK SAWIT] Bila tak suka, benci, dimakinya! Bila kalah hilang deposit lebih RM1.3 juta PRU14, terus bersanding peluk cium Umno? Saksi: Penggeledahan di Ambank rampas dokumen akaun Najib, SRC

Selasa, 16 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Suara Rakyat
Bila tak suka, benci... dimakinya, dikafirkannya, sumpah masuk neraka & tak layak masuk syurga.
Bila dah terdesak kalah hilang deposit sehingga lebih RM1.3 juta pada PRU14, tiba2 terus bersanding peluk cium Umno.. semua jadi halal.

Saksi: Penggeledahan di Ambank rampas dokumen akaun Najib, SRC

Pegawai penguatkuasa Bank Negara berjaya merampas dokumen akaun bank melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak, SRC International Sdn Bhd dan Gandingan Mentari Sdn Bhd ketika penggeledahan di Ambank cawangan Raja Chulan pada 6 Julai, 2015.
Perkara itu dinyatakan saksi kedua perbicaraan kes Najib berkaitan SRC International, pegawai Bank Negara Azizul Adzani Abdul Ghafar.
Ketika sesi soal jawab di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Azizul berkata dia merupakan sebahagian daripada pegawai yang menyertai penggeledahan untuk mendapatkan dokumen penting untuk kes itu.
(Untuk rekod, penggeledahan dilakukan selepas empat hari Wall Street Journal menyiarkan laporan penyiasat percaya sekurang-kurangnya AS$700 juta dimasukkan ke akaun Najib)
Menjadi pegawai Bank Negara sejak 2008, Azizul, 41, memberitahu Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim bahawa dia merupakan pegawai yang menerima dokumen daripada pengurus bank cawangan, R Uma Devi.
Suhaimi: Apa yang anda siasat pada 6 Julai 2015?
Azizul: Saya dilantik menjadi pegawai geledah oleh pegawai (Bank Negara) Ahmad Farhan Sharifuddin berhubung dakwaan kesalahan yang dibuat mengikut Amla (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001).
Suhaimi: Di mana anda lakukan penggeledahan?
Azizul: Di Ambank cawangan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
Suhaimi: Mengapa anda diarahkan untuk membuat penggeledahan di Ambank?
Azizul: Untuk membantu siasatan bahwa Amla, berdasarkan satu laporan. Saya ke sana bersama tiga lagi pegawai Bank Negara.
Suhaimi: Siapa yang anda jumpa di cawangan Ambank?
Azizul: Saya berjumpa dengan R Uma Devi, pengurus Ambank Raja Chulan. Saya beritahu dia secara lisan senarai akaun yang diperlukan untuk siasatan Bank Negara. Dia kemudian kembali dengan dokumen-dokumen.
Suhaimi: Kemudian apa tindakan anda?
Azizul: Saya meneliti dokumen itu (mengandungi dokumen pembukaan akaun dan dokumen sokongan) dan merekodkannya dalam senarai barang yang dirampas.
Perbicaraan bersambung esok di depan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Azizul dijangka disoal balas oleh pasukan pembelaan Najib.
Malaysiakini.

1 comments:

Unknown said...

Hai teman-teman, saya sangat bahagia sekarang, setelah banyak cobaan untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya dan internet saya akhirnya menemukan perusahaan yang memberi saya pinjaman 73.000 euro untuk meningkatkan bisnis saya dan membayar hutang keluarga saya. Sekarang saya dan keluarga saya menjalani kehidupan yang bebas finansial tanpa hutang atau pajak dan kami telah mengembangkan bisnis kami sendiri. Terima kasih kepada KREDIT CEPAT PINJAMAN INT'L, teman-teman saya akan menyarankan setiap orang untuk mencoba layanan mereka jika Anda memerlukan pinjaman untuk tujuan apa pun. Mereka sah, efisien dan ramah dan menawarkan pinjaman sebesar 3% per tahun. Silakan hubungi mereka di (capitalsfundingprestamos@gmail.com).
WhatsApp: +1 631 386 8061
Terima kasih...

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena