Sunday 21 April 2019

JOMO: Lebih banyak penipuan besar UmnoBN perlu didedahkan kerajaan PH & Dedah jangan tak dedah, biar semua rakyat, walaun, walauncai tahu! 90 jotterr Hadi cabar Anwar [Video Anwar Ibrahim: PAS Terima RM90 Juta Daripada UMNO? Fitnah! Tipu! Tapi Tarik Balik Saman]

Ahad, 21 April 2019
Dialog Mahasiswa bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim, Anjuran bersama AIC, USIM, PKPIM, PMFSU & USIM Law Students Society. Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai 19/04/2019

Lebih banyak penipuan besar perlu didedahkan kerajaan - JOMO

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan mendedahkan mengenai kecurangan dan penipuan besar-besaran dalam FELDA adalah langkah tepat dan usaha seumpama itu perlu diteruskan bagi beberapa projek lain , demikian menurut Ahli Ekonomi dan Ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.
BH Online
Felda, 1MDB, ECRL adalah antara projek yg sangat teruk masalah nya... Dedah semua biar rakyat tahu..
“Meskipun ramai yang tertumpu kepada ketirisan yang berlaku dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB), terdapat beberapa lagi penipuan besar berlaku termasuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)"

Hadi cabar Anwar dedah nama pemimpin terima RM90j

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mencabar Presiden PKR Anwar Ibrahim mendedahkan nama pemimpin PAS yang didakwa menerima dana RM90 juta daripada Umno.
Tambah Abdul Hadi, pihaknya juga mempunyai nama pemimpin parti lain yang didakwa menerima dana dari luar negara.
"Terpulang pada dia (Anwar Ibrahim), biarlah dia dedah dulu siapa pemimpin itu, barulah kita buat kenyataan nanti.
"Kita tiada bukti (untuk menafikan tuduhan itu) kerana kita bergerak sendiri, barangkali kalau dihimpunkan derma-derma PAS dalam setiap ceramah sepanjang tahun, sudah lebih daripada RM90 juta (diperoleh), kita boleh buat beribu Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam) seluruh negara hanya menerusi sumbangan kita sendiri," kata Abdul Hadi dipetik Sinar Harian selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS Perak kali ke 36 di Felda Residence Hot Spring, Sungkai, Perak, hari ini.
Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar semalam bahawa identiti pemimpin PAS yang bertanggungjawab menerima wang daripada Umno akan didedahkan sedikit masa lagi.
Kenyataan itu dibuat dalam satu forum bersama siswa Universiti Sains Islam Malaysia ketika ditanya sekiranya kes itu hanyalah satu isu untuk dibangkitkan semasa pilihan raya, kelmarin.
Anwar pada Khamis berkata pendedahan mengenai dakwaan wang RM90 juta disalurkan kepada PAS itu memerlukan masa kerana ia masih disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Jawapan daripada SPRM ialah tiada kesan wang 1MDB kepada PAS. Tuduhan bukan wang 1MDB tetapi wang daripada Umno RM90 juta dan itu masih dalam siasatan.
“Saya ada maklumat khusus beberapa angka dan siapa yang dapat, saya sudah lihat akaunnya. Saya tidak akan sebut sekarang, beri tempoh sedikit, benda ini belum tutup,” katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena