Friday 26 April 2019

Bentang tangguh bentang tangguh..tak sokong kita tanam kat Jirat Cina! Walaun meh sini! TEMBELANG NAJIB MAKIN SUKAR DISOROK, Dari mana datangnya RM14.5 juta? [Video SRC INTERNATIONAL RM14.5 Juta Masuk Akaun Peribadi Najib]

Jumaat, 26 April 2019
Berita TV9
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikemukakan bukti transaksi kemasukan wang berjumlah RM14.5 juta ke dalam akaun AmPrivate Banking (Y1MY) milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak antara Julai 2014 dan 11 Februari 2015.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks
Bentang tangguh bentang tangguh..tak sokong kita tanam kat Jirat Cina..
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, teks
Kami Viral
TERKINI
TEMBELANG NAJIB MAKIN SUKAR DISOROK, DARI MANA DATANGNYA RM14.5 JUTA?
Setelah tiga akaun bank milik bekas presiden Umno, Najib Razak dibongkar pagi tadi, kini tiba pula satu lagi pendedahan mengejutkan.
Menurut keterangan saksi, pengurus AmBank cawangan Jalan Raja Chulan, R. Uma Devi, beliau memberitahu sejumlah RM14.5 juta dipindahkan kepada satu akaun khas.
Mahkamah Tinggi diberitahu, akaun bernombor 211-202-2011898 milik Najib terlibat dalam pindahan tersebut.
Urusniaga tersebut berlaku antara 8 Julai 2014 dan 11 Februari 2015 sebanyak tiga kali masing-masing membabitkan nilai RM10 juta, RM1 juta dan RM3.5 juta.
Tambah Uma, kesemua urusniaga berkenaan memang dalam pengetahuan tertuduh (Najib) dan beliau mengenal pasti surat daripada CEO SRC International ketika itu, Nik Faisal Ariff Kamil (gambar), bertarikh 3 Mac 2015 yang mengarahkan ketiga-tiga akaun terbabit:
a) 211-202-2011898
b) 211-202-2011880 dan
c) 211-202-2011906
ditutup dan kesemua baki wang dalam akaun berkenaan dipindahkan kepada akaun bank Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Nik Faisal dilantik sendiri oleh Najib sebagai pengurus kepada ketiga-tiga akaun bank berkenaan di AmBank dan ini juga dalam pengetahuan Najib sendiri.
Ihsan Perdana merupakan unit sosial korporat dalam SRC International.
Pagi tadi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu RM4 bilion dimasukkan ke dua akaun semasa syarikat SRC International dalam tempoh empat bulan selepas mereka membukanya di AmBank cawangan Jalan Raja Chulan.
Uma Devi dalam keterangannya berkata RM2 bilion dimasukkan ke akaun semasa bernombor 211-202-200973-6 melalui empat pindahan wang, setiap satu RM500 juta pada 29 Ogos, tujuh bulan selepas akaun itu dibuka pada 28 Januari, 2011.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena