Sunday 14 April 2019

[Video Najib hadir prosiding kes SRC kali ke-2] Wajib bohong dalam PAS kerana ia satu strategi? Bila nak bentuk kerajaan campuran PAS-UMNO di Kelantan dan Terengganu? PH perlu 6 bulan lagi pulihkan negara - Daim

Isnin, 15 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, teks
Tips-tips ajaran PAS wajib berbohong..
Wajib bohong dalam PAS kerana ia satu strategi, demi integriti parti DAN DEMI NAK NAFI PAS TERIMA RM90 JUTA DARI UMNO !
Malah Presiden parti Islam PAS sendiri merestui pembohongan Nik Abduh.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Maksudnya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Ana cadang bentuk kerajaan campuran PAS-UMNO segera di Kelantan dan Terengganu.

PH perlu 6 bulan lagi pulihkan negara - Daim

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih pentadbiran Mei tahun lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.
Beliau berkata dalam tempoh itu PH perlu berdepan dengan rakyat dan memberi penerangan yang tepat terutama dalam hal ekonomi agar mereka faham situasi semasa.
Katanya kekalahan PH dalam pilihan raya kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan semalam juga adalah cabaran yang harus ditangani memandangkan rakyat tidak mampu bersabar dengan situasi semasa.
"Saya rasa kerajaan perlu tempoh masa enam bulan lagi untuk membetulkan keadaan bukan sahaja tumpu kepada pembangunan ekonomi, tetapi pelbagai isu. Ini rakyat perlu faham,” katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Darul Iman yang turut dihadiri Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di Kuala Terengganu hari ini.
Daim berkata walaupun memahami rakyat mahu melihat perubahan, namun kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk meneliti dan menimbang sebaik mungkin sesuatu isu termasuk berhubung kedudukan ekonomi dan kewangan negara.
"Kerajaan banyak masalah… fikir tentang keselamatan, hubungan luar dan pertahanan… esok (kemudian nanti) kalau jadi apa-apa, rakyat marah kerajaan juga. Nak turunkan harga barang tu memang boleh… kita buat kajian macam mana nak turunkan harga. Insyaallah tak lama lagi akan turun, saya ingat dalam masa enam bulan lagi banyak perkara akan jadi lebih stabil," katanya.
Beliau turut mengaitkan kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau semalam mungkin sebahagian manifestasi kemarahan rakyat terhadap kerajaan disebabkan kenaikan harga barang yang puncanya tidak diketahui oleh rakyat.
Ditanya sama ada persepsi rakyat terhadap prestasi kerajaan akan bertambah baik pada masa akan datang, beliau berkata ia akan berlaku sebaik sahaja kerajaan dapat menyelesaikan permasalahan rakyat seperti kenaikan kos sara hidup dan melaksanakan janji-janji manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke14 yang lalu.
"Bukannya susah hendak terangkan kepada rakyat. Kalau tak boleh buat cakap tak boleh buat. Bagi tahu kepada rakyat apa sebab tak boleh buat (sesuatu perkara), mesti ada sebab. Takkan kalau boleh buat tapi kerajaan tak nak buat, itu yang penting untuk dijelaskan kepada rakyat," katanya.
- Bernama
Mk.

2 comments:

Unknown said...

Agama pas tu sesat. Melacurkn agama kerana berahi politik.

nick said...

PAS tu membawa bidaah dalam agama. Puak2 khawarij memang gitu. Benda yang takde dalam Islam tapi jika ia menguntungkan mereka dari segi dunia dan harta, mereka akan bertegas berbohong mewajarkan bidaah tu dalam agama. Itulah dia PAS Hadi. Matlamat menghalalkan cara maka jika matlamat mereka nak dapat kuasa, berbohong tu pun mereka jadikan sebagai rukun dalam agama.

Nick.
Cape Tiger.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena