Sunday 21 April 2019

Dalil terbaru PAS utk cover wang haram (wang rompakan) yg dikumpul melalui persahabatan dgn UMNO & Tiada jawapan Agong mengenai CJ baru, dedah Dr M [Video Hakim Wanita Antara Calon Ketua Hakim Negara]

Isnin, 22 April 2019
AKTVasta
Media melaporkan Hakim Mahkamah Persekutuan Tengku Maimun Tuan Mat merupakan salah satu daripada tiga nama yang dihantar Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) kepada Majlis Raja-Raja untuk dipertimbangkan bagi menggantikan Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Dalil terbaru PAS utk cover wang haram (wang rompakan) yg dikumpul melalui persahabatan dgn UMNO.

Tiada jawapan Agong mengenai CJ baru, dedah Dr M

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah belum memberi sebarang jawapan berhubung calon ketua hakim negara baru yang dipersembahkan kepada baginda, dedah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
"Saya selalu bayangkan bahawa Agong adalah orang yang mesti meluluskan semua pelantikan kanan tetapi entah bagaimana, sekarang perlu merujuk kepada Majlis Raja-Raja. Sekarang, bukan hanya Agong tetapi juga harus melalui Raja-Raja.
“Saya tidak tahu apa maksudnya. Keputusan (Putrajaya) tidak boleh diubah kecuali terdapat alasan yang sah.
"Kita telah membuat keputusan (berhubung calon ketua hakim negara) dan menghantarnya kepada Agong. Buat masa ini, saya masih belum mendapat pengesahan mengenai calon berkenaan," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan The Star.
Jawatan ketua hakim negara kosong sejak 12 April susulan persaraan wajib Richard Malanjum.
Minggu lalu, Straits Times Singapura melaporkan terdapat kebuntuan antara kerajaan pimpinan Mahathir dan Raja-Raja Melayu mengenai calon ketua hakim negara.
Akhbar itu memetik sumber yang "rapat dengan istana" sebagai berkata: "Mereka (Raja-Raja Melayu) berdiam diri, menyampaikan mesej bahawa mereka bukan cop getah."
Mengenai keperluan sesetengah negeri supaya rancangan ekonomi untuk melalui istana sebelum dibawa ke dewan undangan negeri, Mahathir berkata Raja-Raja Melayu hanya boleh melihat rancangan tetapi tidak boleh meluluskan atau menolaknya.
"Hak untuk melaksanakan apa-apa bergantung kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena