Monday 22 April 2019

KENYATAAN MEDIA AMANAH Berhubung Pengeboman di Sri Langka & Mujahid, Hadi kutuk serangan di Sri Lanka [Video Dr M akui beban kerja berat, barisan kabinet masih belajar]

Isnin, 22 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
KENYATAAN MEDIA AMANAH BERHUBUNG PENGEBOMAN DI SRI LANKA
Masyarakat dunia sekali lagi diuji dengan tragedi keganasan yang berlaku di beberapa gereja dan hotel di Sri Lanka sehingga mengorbankan kira-kira 290 nyawa serta mencederakan ramai pengunjung.
Dalam tempoh terdekat, selepas pembunuhan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, ini merupakan tindakan keganasan berulang yang menjadikan rumah ibadah dan orang awam sebagai sasaran.
Parti Amanah Negara (AMANAH) mengutuk sekeras-kerasnya dan menyatakan kekesalan yang amat mendalam terhadap tragedi hitam ini. Walau siapa pun pelakunya dan atas apa juga motif pembunuhan ini dilakukan, sesungguhnya tiada agama terutamanya Islam yang membenarkan tindakan zalim ini daripada berlaku.
Dunia perlu segera bangkit. Mengutuk tragedi ini sahaja sudah tidak mencukupi. Para pemimpin dunia perlu bertindak dengan lebih kuat untuk memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang lagi. Tindakan para pengecut yang mensasarkan orang awam dan rumah ibadah perlu dibanteras sehingga ke akar umbi.
Kita bimbang, kegagalan dunia bertindak pantas membanteras keganasan ini hanya akan menyuburkan kumpulan radikal yang akan melakukan tindak balas yang serupa. Natijahnya akan lebih memburukkan keamanan dunia dan merosakkan ekonomi yang akan memberi kesan kepada masyarakat.
Tiada ruang dan peluang untuk keganasan di atas nama agama berlaku di atas muka bumi ini. Setiap nyawa adalah berharga dan berhak dipelihara seperti yang dituntut dalam ajaran Islam dan agama-agama yang lain.
Bagi pihak AMANAH, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyatakan kesedihan bersama rakyat Malaysia terhadap warga Sri Lanka.
"MENGGALAS AMANAH, MEMBINA NEGARA"
HJ. MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara (AMANAH)
22 APRIL 2019

Mujahid, Hadi kutuk serangan di Sri Lanka

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengutuk sekeras-kerasnya insiden keganasan di Sri Lanka ketika penganut Kristian merayakan sambutan perayaan Easter, semalam.
Katanya tindakan menceroboh atau merosakkan mana-mana rumah ibadat bukan sahaja membangkitkan kemarahan tetapi turut menyebabkan kebencian antara agama.
Beliau berkata Islam turut menolak semua bentuk keganasan yang melibatkan orang awam.
"Takziah saya ucapkan kepada seluruh mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Satu siri letupan menggegarkan beberapa lokasi di Gereja Kochikade, Gereja Katuwapitiya, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel dan Gereja St Barnabas di Batticaloa, Colombo pada 8.30 pagi waktu tempatan, mengorbankan lebih 200 orang.
Terdahulu, pada Ahad, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam kejadian tersebut..
Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan insiden itu suatu tindakan terkutuk melampaui batas kemanusiaan, malah bertentangan dengan ajaran agama Islam yang menuntut umatnya menghormati hak penganut agama lain dan melarang daripada merosakkan rumah ibadat walaupun ketika dalam peperangan.
"PAS menegaskan toleransi antara agama amat penting bagi mewujudkan keharmonian dalam negara, dan PAS menzahirkan solidariti kepada Sri Lanka untuk mengembalikan keamanan setelah berhadapan dengan serangan terkutuk itu," katanya dalam kenyataan.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena