Saturday 20 April 2019

Nik Amar perli Mat Sabu tidak tahu jaga Islam? Sebelum kecek huduh, tengok ne 4 beranak duduk dalam reban ayam di Kelantan & Umno TINGGALKAN PERIUK TERAKHIR penuh dengan tulang! SPRM cekup 22 lagi penguat kuasa JPJ [Video Mat Sabu: K’jaan runding beli senjata dengan pertukaran minyak sawit]

Sabtu, 20 April 2019
KiniTV
Kementerian Pertahanan sedang berunding dengan beberapa negara antaranya Pakistan, Rusia dan China bagi membuat perolehan aset secara sistem barter, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu. Beliau berkata negera-negara berkenaan menunjukkan kesediaan untuk menerima minyak sawit sebagai pertukaran sekiranya Malaysia bercadang memperoleh aset pertahanan daripada mereka. “Ia (sistem barter) sedang diusahakan secara gigih dan ada sambutan,” katanya kepada wartawan dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Perolehan aset pertahanan secara sistem barter berkenaan dilihat sebagai salah satu cara untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan. Beliau akan bertolak ke Rusia esok bagi mengikuti program di sana termasuk pertemuan dengan menteri pertahanan negara berkenaan dan isu sistem barter itu akan dibincangkan dalam majlis tersebut. Tambahnya lagi sekiranya menjadi kenyataan, kaedah sistem barter berkenaan turut mampu meningkatkan harga minyak sawit.
Imej mungkin mengandungi: teks
Otai BERSIH
Nik Amar perli Mat Sabu tidak tahu jaga Islam. Cuba baca laporan berita ini, ada lagi orang duduk dalam reban ayam di Kelantan. Sebelum perli orang dan kecek huduh, tengok dulu kepada kemampuan kita di negeri sendiri.
Kisah empat beranak duduk dalam gok ayam itu bolehkah kalau dikatakan Nik Amar Nate tidak reti perintah negeri dan jaga rakyat...!

UMNO TINGGALKAN PERIUK TERAKHIR YANG PENUH DENGAN TULANG...

Dan harapan rakyat hari ini ialah minta Kerajaan PH sediakan menu dan hidangan daging..

Tanyalah pemimpin² umno yang hipokrik seperti Ahmad Maslan atau si lobak, mana daging itu disembunyikan, siapa penyamun yang makan daging tersebut..

Apakah pecacai masih mahu menyembunyikan bangkai gajah..

Rakyat juga jangan hipokrik..inilah hasil menyokong si penipu.!
Posted by 

SPRM cekup 22 lagi penguat kuasa JPJ

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seramai 22 lagi penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana dipercayai terlibat dengan rasuah.
Kesemua suspek disyaki melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar Pulau Pinang.
Mereka yang berusia lingkungan 32 hingga 55 tahun, ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang antara jam 10 pagi hingga 4.15 petang hari ini.
Kesemua pegawai penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 daripada Pejabat JPJ Pulau Pinang itu dipercayai menerima bayaran bulanan sebanyak RM10,000 sebulan dan sehingga kini jumlah terkumpul bagi kesemua wang rasuah itu melebihi RM140,000.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki mengesahkan tangkapan tersebut.
Rabu lepas, Mahkamah Majistret George Town mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari terhadap 30 individu termasuk 24 penguat kuasa JPJ bagi membantu siasatan SPRM kerana disyaki melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya di sekitar Pulau Pinang.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena