Tuesday 23 April 2019

[Video No Racist & No Communist] PAS Kelantan gaji pun tak mampu bayar, yang bangang pula cuba nak ajar yang bijak & Hadi gerun ‘anak komunis, naga besar’.

Selasa, 23 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan gelanggang bola keranjang
Otai BERSIH

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah berjaya melaksanakan lima janji kecil yang dikemukakan dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 dalam tempoh setahun ini sebagai usaha untuk mengurangkan beban kos sara hidup, kata seorang pakar ekonomi.
Pakar Ekonomi, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Adli Amirullah berkata antara janji tersebut ialah memansuhkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan menggantikannya dengan Bantuan Sara Hidup serta memperkenalkan pas bulanan tanpa had My50 dan My100 untuk perkhidmatan pengangkutan awam.
“Dalam teras kos sara hidup, tidak ada satu pun teras yang gagal. Jumlah janji yang positif dan sedang dilaksanakan adalah sebanyak 23 janji, lima telah terlaksana manakala 18 lagi dalam proses.
“Ini adalah satu perkara yang baik kerana kita telah lihat kerajaan mempunyai kekuatan politik, ingin melaksanakannya dengan mengurangkan kos sara hidup rakyat tapi kerajaan juga perlu peka untuk melihat sesetengah janji ada kesan sampingannya jika dilaksanakan,” katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama News Channel di Kuala Lumpur malam tadi.
Adli berkata kerajaan PH berjaya menstrukturkan semula BR1M yang sebelum ini digunakan sebagai alat politik untuk memancing undi golongan muda.
Manakala Bantuan Sara Hidup, katanya berjaya mencapai matlamat untuk membantu golongan yang lebih memerlukannya.
“Di situ kita boleh lihat fokus kerajaan untuk menumpukan golongan B40 dan ini sangat penting kerana mereka adalah golongan yang telah lama ditindas dan mereka perlu dilindungi oleh kerajaan,” tambahnya.
Sementara itu, Penyelidik Kanan Demokrasi dan Tabdir Urus, IDEAS, Aira Azhari berkata kerajaan juga harus memahami realiti untuk melihat apa yang telah dicapai sepanjang setahun ini.
Katanya rakyat mengundi PH pada 9 Mei tahun lepas kerana mereka sudah bosan dengan rasuah dan ketidaktelusan kerajaan Barisan Nasional.
“PH kena sedar bahawa majoriti rakyat sebenarnya hanya inginkan kehidupan mereka menjadi lebih baik. Mereka boleh memberikan pendidikan kepada anak-anak, penjagaan kesihatan yang bagus di hospital kerajaan.
“Dan itu adalah cabaran kepada PH iaitu bagaimana PH mahu memastikan bahawa rakyat menerima manfaatnya,” katanya.
Aira berkata, pada masa yang sama, kerajaan perlu bekerja dengan kekangan tertentu, misalnya berhadapan dengan bebanan hutang yang tinggi.

Hadi gerun ‘anak komunis, naga besar’ dalam pilihan raya Indonesia

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyatakan rasa “gerun” terhadap perjalanan pilihan raya Indonesia (Pemilu) pada 17 April lepas.
“Kini disaksikan betapa munculnya anak-anak tokoh Komunis Indonesia di belakang Pemilu yang baharu sahaja telah berlangsung, penglibatan naga-naga besar di belakang money politics (politik wang) dan media sosial yang dibelanjakan itu sangat menggerunkan,” katanya.
Hadi tidak mengulas lanjut berkaitan kumpulan itu.
Bagaimanapun, dalam tulisan panjang di Harakahdaily hari ini, beliau menyentuh politik Indonesia yang dikaitkan dengan kegiatan komunisme, termasuk pengaruh Perang Dingin, pemberontakan Komunis 1948 dan rampasan kuasa 30 September 1965.
Malaysiakini.

3 comments:

Unknown said...

Sudah2 la low bye. Mulut longkang kau mmg celuPAS. Kat sini kau temberang & jual agama.

Kau pi indon pun kau nk cari pasal. Jgn kau nk kafirkn pulak org indon. Cukup2 la fatwa sesat kau tu.

nick said...

Tok PUru PAS ni tak habis2 nak menunggang agama. Dah buat bidaah kat Mesia, sekarang ni dok nak menjual agama kat Indonesia pulak? kat Mesia ni pun ramai orang islam yang tak hingin dengan Tok Puru ni, sekarang ni dok berlagak kononnya dia ni Ulamak tersohor kat nusantara pulak. Tok Puru yang dok terkenal dengan Bohong patuh syariah ni ingat ada orang Islam Indonesia kagum ke dengan ajaran berbohong dia ni? Elok2lah Tok Puru ni duduk atas pokok diam2 je!

Nick.
Cape Tiger.

Sokong islam said...

Kesian tuan punya pun blog pun dah mati...menjawablah depan Allah atas fitnah dan kejian yg dilakukan pd hj hadi...selagi post ni melekat kat alam maya, menjawablah kami

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena