Tuesday 23 April 2019

Masa untuk kita boikot Astro! Pemimpin PAS di atas pokok..boleh teropong! Mat Sabu ke Rusia, bincang pemindahan teknologi pertahanan [Video Bila masa saya kata LGBT, zina boleh? Hangpa jawablah dengan Allah]

Selasa, 23 April 2019
KiniTV
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa menegur sesetengah pihak yang cuba memfitnahnya sebagai 'menteri liberal' dengan sengaja menimbulkan kekeliruan prinsip agama seperti isu LGBT dan zina. Mujahid berkata demikian dalam sesi Town Hall Maqasid Syariah peringkat Wilayah Persekutuan hari ini. Menyentuh mengenai kemanusiaan, kata Mujahid, ia tidak mengira kaum, agama dan bangsa.
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, teks
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang senyum, orang duduk dan meja
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk dan dalaman
Pemimpin PAS di atas pokok.. boleh teropong!
Mat Sabu ke Rusia, bincang pemindahan teknologi pertahanan.
Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Sabu kini dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Moscow, Rusia selama empat hari bermula 22 hingga 25 April sebagai memenuhi jemputan negara tersebut.
Mohamad bertemu rakan sejawat beliau, Jeneral Sergei Shoigu yang antaranya membincangkan spektrum kerjasama pertahanan, khususnya berkaitan latihan bersama dan pemindahan teknologi pertahanan.
“Lawatan kerja rasmi ke Moscow, Rusia ini dilihat sebagai salah satu platform penting bagi menjelaskan lagi komitmen dalam mengukuhkan jaringan kerjasama dan industri pertahanan antara kedua-dua negara,” menurut kementerian.
Dalam kenyataan hari ini, kementerian juga berkata Mohamad melawat syarikat-syarikat industri pertahanan seperti Rostec Corporation dan Irkut Corporation.
Beliau dijadual berucap berkaitan kesan kekalahan kumpulan pengganas IS di Syria dan Iraq pada Persidangan Keselamatan Antarabangsa Moscow kelapan.
Rombongan Malaysia disertai Panglima Tentera Udara Jeneral Affendi Buang, Duta Besar Malaysia ke Rusia Mat Dris Yaacob, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jeneral Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan.

2 comments:

Lone ranger pomen said...

Jgn cakap kuat2. Takut ade yg lempar kupiah kerana aura kejelesan.... Tapi dia org kata tak menyesal jadi pembangkang... Biaq pi la.

nick said...

Kejap lagi akan ada lah Tok Puru PASS buat satu lagi upacara memeriksa barisan anggota tentera olok2 dan tabik hormat sebab jeles dan bengang Mat Sabu dapat penghormatan rasmi negara Rusia dan dapat memeriksa sambil mendapat tabik hormat barisan tentera Rusia. Tak dapat yang ori, dapat yang tiruan pun jadilah!

Nick.
cape Tiger.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena