Thursday 25 April 2019

[Video ECRL - ANGGUR MASAM BN] Terbaik Tun M, China beli lagi 1.9 juta tan (RM4.56 bilion) sawit Malaysia! Dulu Najib buat ape? Setelah 9 hari dibicara, pelbagai kebobrokan Najib seleweng duit didedahkan & Tiba2 peguam Najib kata akaunnya dimanipulasi Jho Low & pegawai bank?

Jumaat, 26 April 2019
Jom Channel
Justeru, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menafikan dakwaan bahawa China Communications Construction Company Ltd (CCCC) mempunyai sebarang hak dan kepentingan terhadap hasil mineral dan galian di Negeri yang terlibat semasa pembinaan projek ECRL sepanjang 640 kilometer. “MRL ingin menekankan bahawa pembinaan projek ECRL yang kini menghubungkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Putrajaya adalah tertakluk kepada Kanun Tanah Negara 1965" katanya dalam kenyataan, lapor Bernama, 23 April lalu.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang
Otai BERSIH
Terbaik Tun M...
MALAYSIA dan China menandatangani Memorandum Persefahaman [MoU] bagi membeli tambahan 1.9 juta tan minyak sawit Malaysia dengan anggaran nilai RM4.56 bilion bagi tempoh lima tahun 2019-2023.
MoU ditandatangani oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia [MPOC] di bawah Kementerian Industri Utama [MPI] dengan Dewan Perdagangan Bahan Makanan dan Produk Asli China [CFNA] di bawah Kementerian Perdagangan, di saksikan oleh Perdana Menteri, Malaysia dan China.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Setelah 9 hari Najib dibicara, pelbagai bukti kebobrokan Najib seleweng duit didedahkan.
Tiba2 peguam Najib boleh kata akaun Najib dimanipulasi oleh orang luar seperti Jho Low & pegawai bank?
Kalau ada bukti akaun Najib dimanipulasi kenapa tak dedahkannya dalam mahkamah beserta bukti2..
KENAPA HANYA sembang kencang depan wartawan jer..
TAHUKAH ANDA.. Sepanjang dalam perbicaraan mahkamah, saksi pendakwaan ke-21, R. Uma Devi pengurus AmBank cawangan Jalan Raja Chulan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa seorang pemegang akaun bertanggungjawab ke atas semua transaksi dalam akaunnya walaupun pemegang akaun tersebut memberi alasan tidak tahu atau tidak sedar.
#NajibTrial #BelitSelagiBoleh

RM64 juta masuk ke akaun peribadi Najib - Saksi

Kenyataan saksi ni penting sebab Najib bayar kredit kad dia (peribadi) tapi peguam Najib tak mahu dengar dan lawan hujah jika saksi tipu alih-alih Shafee kata dia letih dan bosan dengar.
Pakatan Harapan Supporters

Najib arah tutup tiga akaun di Ambank, baki terakhir RM103,363.82


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa bekas perdana menteri Najib Razak mengarahkan tiga akaunnya di bank itu - yang dibuka pada 31 Julai 2013 - ditutup pada Mac 2015.
Pengurus Ambank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi juga mengesahkan tiga akaun bank terbabit - masing-masing bernombor 2112022011898, 2112022011880 dan 2112022011906AMPrivateBankingOneMy - mempunyai baki sebanyak RM103,361.17 apabila ia ditutup.
Dalam surat arahan penutupan akaun bertarikh 3 Mac 2015 itu juga, kata Uma Devi, Najib mengarahkan bank terbabit memindahkan baki wang berkenaan ke akaun bank milik Ihsan Perdana Sdn melalui sekeping cek bertarikh 9 Mac 2015.
Ihsan Perdana merupakan syarikat yang mengendalikan tanggungjawab sosial korporat bagi SRC International Sdn. Bhd.
Uma Devi juga memberitahu mahkamah mengenai pemindahaan berjuta-juta ringgit di antara tiga akaun Najib berkenaan sebelum ia ditutup.
Ini, katanya termasuk sekeping cek bernilai RM3.5 juta dikeluarkan kepada firma guaman Hafarizam Wan Aisha and Mubarak.
Katanya, cek tersebut bertarikh 21 Jan 2015 dan didebitkan sehari kemudian.
Bagaimanapun kata pegawai bank itu terdapat kesilapan dilakukan di pihak bank menyebabkan hanya RM3,500 saja dimasukkan ke akaun penerima.
Menurutnya, dia dimaklumkan ada tindakan untuk membetulkan kesilapan tersebut namun tidak pasti jika ia dilakukan oleh pusat pemprosesan cek Ambank.
Perbicaraan kes Najib membabitkan tujuh pertuduhan salah guna jawatan, pecah amanah dan menerima hasil aktiviti haram bernilai RM42 juta membabitkan dana syarikat SRC International.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena