Tuesday 30 April 2019

[Video Dr M 'tembak' Hadi, 'pembohong, munafik!'] Awas Politik toksik nak masuk Sabah! APA KEPERLUAN Najib sampai buka 5 akaun peribadi berjumlah RM4 bilion dlm senyap-senyap? 16 kejayaan setahun Menteri JPM Hal Ehwal Agama Islam.

Selasa, 30 April 2019
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
APA KEPERLUAN Najib sampai buka 5 akaun peribadi dlm senyap-senyap?
Tak mahu dihidu oleh Bank Negara M'sia (BNM), LHDN atau Rosmah?
Lps tu bila dh settle duit masuk lebih RM4 bilion tup-tup semua 5 akaun peribadi Najib ditutup, kenapa?
...atau NAK ELAK BAYAR CUKAI RM1.5 bilion yg dituntut oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)!
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
TAHUKAH ANDA..
Dana dari Arab Saudi hanya berjumlah US$100 juta (RM304.5 juta) dalam EMPAT transaksi pada tahun 2011 (23/2/2011: US$10 juta, 13/6/2011: US$10 juta, 18/8/2011: US$50 juta dan 25/11/2011: US$30 juta)

Manakala 'derma' US$681 (RM2.6 bilion) itu berasal daripada Tanore Finance Corporation, BUKANNYA 'direct' dari akaun k'jaan Arab Saudi mahupun Putera Faisal bin Turkey yg dibuat dalam DUA transaksi pada tahun 2013 (21/3/2013: US$620 juta dan 25/3/2013: US$61 juta).

KENAPA derma dari Tanore Finance Corporation shj yg dipulangkan ?
Dana RM304.5 juta dari Arab Saudi dah pi mana?
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk, jambang dan sut
Kami Viral
Antara kejayaan setahun Menteri Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Islam
1 Mengembalikan Tabung Haji (TH) ke landasan asal apabila kerajaan menyuntik sebanyak RM17.8 bilion dana bersih bagi memulihkan agensi itu dalam tempoh 10 tahun mulai 2020 agar tidak membebankan kerajaan dan menjejaskan penarafan kredit akibat hutang.
2 Reformasi agensi dan memperkenalkan tiga gagasan pentadbiran Islam iaitu Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia bertujuan melahirkan gagasan Malaysia negara rahmah.
3 Menaik taraf Unit Indeks Syariah JAKIM kepada Bahagian Maqasid Syariah yang telah diluluskan antara lain bagi memperkasa usaha ke arah merealisasikan tiga teras dan pendekatan utama pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia.
4 Melaksanakan Muzakarah Bersama Ulama dan Cendekiawan sekali dalam tempoh dua bulan bagi membincangkan isu utama yang sering dipolemikkan seterusnya mencari jalan penyelesaian yang paling berhemah seperti isu hifz ad-Din, perkahwinan bawah umur, SOP Penguatkuasaan Agama serta isu berkaitan ICERD.
5 Memperkasakan undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah seperti menyelaras kelulusan, iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Pindaan 2018 yang diluluskan di Dewan Rakyat, 10 April lalu.
6 Memperkenalkan Mahkamah Khusus Kes Nafkah dan Hadhanah bagi membicarakan dan menyelesaikan kes Mahkamah Syariah membabitkan tuntutan bekas isteri terhadap bekas suami berkaitan pembayaran nafkah dan hak jagaan anak yang akan dibawa ke Kabinet, 8 Mei ini.
7 Menggerakkan supaya RUU Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) agar dapat digubal berikutan ketidakseragaman amalan undang-undang itu antara negeri lain serta memartabatkan institusi perundangan syariah serta profesion guaman syarie di negara ini.
8 Memutuskan agar peruntukan undang-undang semasa di bawah Akta Pentadbiran
Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505] berkaitan sekolah-sekolah agama Islam diteliti semula dan dipinda ekoran pelbagai kes menimpa sekolah-sekolah tahfiz agar kuasa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dapat diperluas tidak hanya terhad kepada kuasa untuk mendaftar sahaja.
9 Menteri tidak memegang jawatan pengerusi di mana-mana agensi bagi mengelak campur tangan kuasa berbanding dalam kerajaan sebelum ini.
10 Buat julung kalinya, program Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah telah dianjurkan pada 4 Oktober 2018 sebagai ruang kepada Tokoh Maal Hijrah tahun 2018 memberikan syarahan khusus dan menyebar luaskan lagi budaya ilmu dan wacana.
11 Mengarahkan agar gambar Nisha Ayub serta Pang Khee Teik diturunkan pada 8 Ogos 2018 daripada pameran fotografi ‘Stripes and Strokes’ di George Town, Pulau Pinang diikuti pertemuan dengan Nisha pada 10 Ogos bagi memberi penjelasan bahawa kerajaan sama sekali tidak menyokong usaha mempromosi LGBT.
12 Mendedahkan penyelewangan wang di Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) pada 6 Ogos 2018 iaitu sebanyak RM7.4 juta sebagai salah satu usaha untuk memastikan institusi agama terus ditadbir dengan telus dan berintegriti.
13 Mempertemukan dua pihak iaitu Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy pada 30 Julai 2018 berhubung isu pendakwah Dr Zakir Naik serta dakwaan menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) .
14 Mendapat pujian kerajaan Arab Saudi atas pelaksanaan Program Kebersihan Perdana Masya’ir yang julung kali diadakan tahun lalu dengan 37,200 jemaah haji Malaysia di Arafah, Mudzalifah dan Mina secara bergotong-royong membersihkan khemah mereka setiap hari.
15 Pertemuan Khas Perdana Menteri Bersama Tokoh-tokoh Ulama dan Cendekiawan pada 31 Julai 2018, bagi mewujudkan hubungan baik antara ulama dan umara bagi mendukung usaha kerajaan ke arah memastikan pengurusan hal ehwal Islam dilaksanakan dengan pro aktif, efektif, cekap, dan berwibawa.
16 Meminda tagline stesen TV Hijrah kepada ‘Islam Rahmatan Lil Alamin' sebagai media penyiar yang mendidik dan mentarbiyah ummah sesuai dengan penerusan kecemerlangan yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Model Transformasi Ummah oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada 1 September 2018.

1 comments:

nick said...

Hadi bukan munafik, dia tu hanya Mat Akal Singkat je. Hadi ni jenis yang kuat berangan2 dan sentiasa buat sesuatu ikut nafsu dan ikut akal dia yang singkat. Kita semua boleh lihat perkembangan PAS dibawah Hadi amatlah dangkal dan kurang waras. PAS dibawah bimbingan Hadi ibarat budak2 tak matang yang takde istiqamah malah suka buat keputusan ikut nafsu dan tanpa sebarang pertimbangan mahupun perkiraan. Itu yang kita lihat PAS macam tak ada haluan mahupun tujuan. PAS buat sesuatu dengan melulu tanpa ada perancangan sama seperti pentadbiran mereka di Kelantan, Kedah dan Trengganu. Semuanya dibuat sambil lewa dan keputusan dibuat ikut sedap dan ikut nafsu lebai2 yang pegang kuasa masa tu.

Hadi sekarang ni dah jadi huru hara sebab ternyata perjuangan dan pengorbanan yang dia buat semuanya tak menjadi dan takde hasil sedangkan orang yang dia perlekeh dan kutuk sudah melangkaui dia dengan segala macam kejayaan dan penghormatan. Hadi sekarang gelisah sebab status dia sebagai Tok Puru telah berjaya dipintas oleh Mat Sabu yang langsung takde ijazah pengajian Islam malah kurang juga pendidikan keduniaan. Hadi sekarang ini sedang terburu2 mengejar masa kerana takut waktunya habis tanpa sebarang kejayaan yang bermakna. Kedudukannya sebagai Presiden PAS ibarat seperti Ustad yang mengajar di surau kecil dihujung kampung berbanding dengan kedudukan Mat Sabu yang sudah menlonjak ke persada antarabangsa.

Itu yang Hadi dok sibuk buat majlis olok2 memeriksa barisan kehormat pasukan relawan PAS semata2 untuk meniru kejayaan Mat Sabu yang diberi kehormatan memeriksa barisan kehormat tentera kerana lawatan rasminya sebagai Menteri pertahanan. Hadi tak dapat menahan jeles apabila Mat Sabu diberi penghormatan yang lebih rasmi dan lebih meriah ketika melakukan lawatan rasmi berbanding dengan sambutan yang diterima oleh Hadi bila buat lawatan syok sendiri ke luar negara. Mana boleh tahan bila Presiden Amanah di berikan penghormatan besar dalam lawatan sedangkan Presiden PAS ketika melawat luar negara, takde sapa pun dok kisah.

Nick.
Cape Tiger.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena