Saturday 13 April 2019

[Video BUKTI NAJIB SELEWENG DUIT SRC DIKETAHUI?] Keputusan PRK Rantau faktor Tok Mat & tidak perlu dirungsingkan! Bukan kerana BN kuat, jauh sekali sebab kerjasama Umno Pas..Kita tunggu Sandakan pula, dengar kata dah banyak ura2 tolak menolak TAK NAK BERTANDING?

Ahad, 14 April 2019
Imej mungkin mengandungi: luaran
Imej mungkin mengandungi: teks
Tiada penerangan foto disediakan.
Perbandingan antara dua PRU yang lepas dengan keputusan PRK Rantau semalam menunjukkan bahawa ia adalah faktor Tok Mat. Bukan kerana BN kuat, dan bukan sebab adanya jalinan kerjasama Umno Pas.
REALITI FAKTA: PAM TIDAK BANYAK MEMBANTU UMNO DI PIRAKE RANTAU
Umno dan Pam seronok sakan dengan kemenangan Mat Hassan di Rantau semalam. Memang mereka berhak untuk berseronok hatta berjoget berdondang sayang atau berhadrah, yana yana dan sebagainya. Kemenangan itu berbaloi buat mereka.
Pun begitu kemenangan itu bukan segala-galanya. Ia hanya mengesahkan kemenangan Mat Hassan yang ternafi oleh mahkamah sebelum ini. Jika kerusi Rantau diadakan pertandingan dalam Piraum lalu, Mat Hassan tetap menang.
Jika dianalisa daripada pencapaian angka kemenangan Mat Hassan itu bukan sesuatu yang membanggakan. Bahkan dari segi angka dibandingkan pencapaian beliau sebelum ini, Piraum ke 13, peningakatan hanya sedikit sahaja.
Dalam Piraum 2013 Mat Hassan meraih 10,126 sementara dalam Pirake semalam memunggut 10,397, pertambahan hanya sebanyak 271 undi sahaja. Bagaimana pun majoriti menurun sebanyak 103 undi. Dalam Piraum majoritinya 4,613 semalam 4,510.
Dari sudut angka kemenangan semalam bukan merupakan pertambahan kepada BN. Dengan mendapat sokongan padu daripada Pam, sepatutnya undi dan majoriti lebih besar diraih Mat Hassan. Dengan kedudukan itu bermakna kehadiran Pam bersama BN tidak memberi kesan dan menyumbang penuh makna. Pam hanya setakat berjaya mengakat serban dan melaungkan takbir Allahuakbar sahaja tetapi tidak berjaya menambah angka untuk BN.
Sebaliknya PH dapat menambah undi sebanyak 374 undi. Dalam Piraum ke 13, PH (PR) menerusi calonnya Aisah Lamsah meraih undi sebanyak 5,513 sementara Dr Streram dalam pilihan raya semalam meraih 5,887. Angka ini menunjukkan kedudukan PH di Rantau tidak terjejas. Justeru kekalahan semalam tidak perlu dirungsingkan sangat namun perlu diambil iktibar. Trims. -MSO
# kita tunggu Sandakan pula lepas ni..dengar2 dah banyak ura ura tolak menolak tak nak bertanding.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena