Sunday 2 July 2017

[Video Adakah DAP atau pemimpin melayu/umno yang tipu Tabung Haji, 1MDB & Mara?] APA MASALAHNYA JIKA PH AMBIL ALIH KELANTAN! Kerusi Pas hilang tak apa, sebab bukan Islam yg hilang.

Isnin, 3 Julai 2017

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengagihkan zakat mengikut negeri-negeri berjumlah RM60 juta bagi tahun 2016/17, melebihi jumlah zakat sebanyak RM57 juta pada 2015/16.

APA MASALAHNYA JIKA PH AMBIL ALIH KELANTAN

PH AMBIL ALIH KELANTAN
1. PH ambil alih Kelantan bukan salah dari sudut syarak. Aqidah pun tak terusik. Bahkan, kenyataan pemimpin Pas yg asyik membela Najib dlm isu 1MDB memang melayakkan PH utk ambil alih Kelantan drpd Pas. Inikan negara demokrasi?

2. Bukankah Pas parti Islam, mengapa nak lawan? Apa salahnya jika Pas dikalahkan di Kelantan? Jika Pas kalah, yg kalah ialah Pas, bukannya Islam. Jika PH menang, yg akan tadbir Kelantan adalah Amanah. MBnya adalah orang Melayu Islam. Amanah juga mahu daulatkan Islam.

3. Dalam PH ada DAP? Laaa... DAP adalah parti politik sama macam Pas, Amanah dan parti lain. DAP bukan agama. Lagi pun, DAP bukan ada kerusi di Kelantan. Di Selangor juga ada DAP. Pas bercokoh bersama DAP Selangor buat bodoh saja, tiba-tiba Amanah bersama DAP, Pas bising.

4. Kenapa Amanah nak ambil alih Kelantan? Ya, Tuhan suruh berlumba-lumba buat kebaikan. Amanah nak ambil alih Kelantan sebab nak bawa urustadbir negeri yg lebih baik utk rakyat Kelantan. Bukan saja Kelantan, bahkan seluruh negara termasuk Putrajaya, PH akan berusaha ambil alih. Takdirnya, jika Amanah gagal, Pas ambil alih semula. Itulah perlumbaan.

5. Nanti DAP halang pelaksanaan Islam di Kelantan? Itu kata Pas sebab Pas benci DAP. Pas benci DAP bukan sebab DAP lawan Islam, tapi sebab DAP lawan BN, tapi Pas pula nak kawan dgn BN. Pas pun hanya slogan saja Islam tapi merestui kerja BN yg bercanggah dgn Islam. Islam apa begitu?

6. Pas pun lawan BN dan ada cara tersendiri? Cara tersendiri tu apa? Buat kenyataan yg melegakan Najib dlm isu 1MDB tu cara tersendiri? Itu bukan cara tersendiri, itu cara Umno. Kalau Pas lawan BN, bukan begitu gaya kenyataan pemimpin Pas.

7. Ikut kajian bebas, Pas akan kalah di Kelantan. 27 kerusi Pas akan hilang. Kerusi Pas hilang tak apa, sebab bukan Islam yg hilang. Hanya kerusi Pas saja. Jika Pas hilang kerusi, parti yg akan ambil kerusi tu ialah Amanah. Jadi apa masalahnya?

ZOLA
KedahLanie.

1 comments:

Dr said...

komen terbaik...

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena