Sunday 6 August 2017

[Video Mat Sabu - Najib SEMAKIN CUAK!] 'Pas belum lagi menang saman Sarawak Report', kata Hanipa Maidin.

Ahad, 6 Ogos 2017

Image result for Foto Pakatan Harapan

'Pas belum lagi menang saman Sarawak Report'

Perbicaraan kes saman Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap portal Sarawak Report belum pun bermula dan parti itu tidak memenangi perbicaraan penuh, jelas ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin.
Beliau berkata, ia masih di peringkat pengurusan kes dan berharap Pas tidak menjaja cerita kepada ahli bawahan kononnya presiden mereka sudah memenangi perbicaraan saman ke atas portal Sarawak Report.
"Permohonan Sarawak Report untuk minta Pas bayar apa yang dipanggil "security for cost" ditolak oleh Mahkamah dan Sarawak Report seperti yang diduga kena perintah untuk bayar kos kepada 'parti suci' (Pas) sebanyak £15,000 (RM83,719).
"Saya harap parti suci tidaklah "jual" pada orang kampung di bawah yang ia dah menang bicara...belum lagi," jelasnya hari ini.
Hanipa Maidin
Pengerusi Biro Undang-undang AMANAH (Kanun) itu menjelaskan demikian mengulas "perkembangan positif" saman Abdul Hadi ke atas editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menjelaskan Clare diperintah mahkamah London untuk membayar Abdul Hadi sekurang-kurangnya £15,000.
Mahkamah pada 2 Ogos lalu dilaporkan memihak kepada Abdul Hadi selepas Clare meminta deposit wang sebagai jaminan keselamatan, sekiranya presiden Pas itu kalah dalam kes berkenaan.
Ahmad Shamsuri berkata mahkamah juga telah menerima tawaran Abdul Hadi untuk membayar RM80,000 sebagai deposit keselamatan.
Hanipa berkata, apabila membaca laporan disiarkan Malaysiakini semalam beliau bercadang mahu menulis ucapan tahniah kepada Pas kerana menang dalam saman berkenaan.
Bagaimanapun, selepas membaca kandungan penuh berita itu, kata Hanipa, apa yang difikirkan pada awalnya berbeza daripada keadaan sebenar.
Menurut bekas pengerusi Lajnah Undang-undang Pas itu, memang menjadi lumrah dalam kes saman sivil pihak seperti Sarawak Report memohon pihak luar dari United Kingdom (UK) membuat bayaran jaminan.
Menurutnya keadaan sama juga berlaku di Malaysia jika peguam di sini mewakili pelanggan tempatan menyaman pihak luar negara yang tidak tertakluk kepada perundangan di sini.
"Asas security of cost yang didepositkan di mahkamah adalah pihak seperti Sarawak Report ingin memastikan jika pihak luar kalah dalam perbicaraan dan diperintah membayar kos, ia masih terjamin walaupun arahan itu diingkari," katanya.
Dalam undang-undang juga, kata Hanipa, terdapat frasa cost follows the event bermaksud pihak yang kalah perlu membayar kos kepada pihak yang menang.
"Oleh kerana Sarawak Report kalah dalam permohonan untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya parti suci membayar security for cost, maka mereka kena bayar kos permohonan itu seperti yang dilaporkan. Itu biasa.. tiada yang luar biasa," katanya.
Hanipa juga menyatakan dalam konteks UK, nilai £15,000 itu tidaklah dianggap begitu besar tetapi keadaan menjadi sebaliknya jika ditukarkan kepada mata wang Malaysia.
"Memanglah nampak besar sebab mata wang kita kecil dan lemah!" katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena