Sunday, 6 August 2017

[Video Muhyiddin - DAH LEBIH 50 BILION NAJIB CURI!] Mahkamah arah editor Sarawak Report bayar Hadi RM84,000, kata Pas! Aik, perbicaraan pun belum bermula? Kita sama-samalah tunggu perbicaraan dulu.

Ahad, 6 Ogos 2017

TAHUKAH ANDA..

SUDAH LEBIH 2 BULAN peguam Shafee dan Najib Razak terus membisu pada skandal RM9.5 juta itu..

KINI, kos perbelanjaan guaman (pada kes saman Hadi) di London itu pada peringkat ini sahaja boleh menelan belanja sekitar £100,000 atau RM600,000..

WOWW !!!

SIAPA PULA YANG TANGGUNG KOS GUAMAN HADI ITU ??

Beranikah beliau nak dedahkan agar rakyat tahu ketelusannya ?

Mahkamah arah editor Sarawak Report bayar Hadi RM84,000, kata Pas

Mahkamah Tinggi London yang bersidang untuk pendengaran prosiding pengurusan kes minggu lalu mengarahkan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown membuat pembelaan awal dalam tempoh 21 hari berhubung saman dibawa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata mahkamah pada 2 Ogos lalu mengarahkan Brown membuat pembelaan beliau dalam tempoh 21 hari supaya kes itu dapat diteruskan.
“Dan, beliau (Brown) tidak lagi berlarutan untuk berdolak dalih. Permohonan rayuan Brown terhadap keputusan ini juga telah tidak dbenarkan oleh mahkamah,” kata beliau dalam kenyataan semalam.
Beliau menyifatkan perkembangan itu sebagai sangat positif dalam proses Hadi untuk membersihkan namanya terhadap tuduhan fitnah melampau oleh Brown dan artikelnya dalam Sarawak Report.
Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April lalu.
Ia susulan laporan Sarawak Report pada 6 Ogos tahun lalu yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan Pas sebagai usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.
Sebelum ini Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas menuntut ganti rugi “besar”, tetapi enggan mendedahkan jumlahnya.
Parti itu turut memohon injunksi terhadap artikel bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections – COMMENT”.
Kata Takiyuddin, artikel itu boleh membayangkan Hadi secara peribadi menerima suapan besar daripada perdana menteri sebagai pertukaran untuk PAS berkompromi dari segi pendirian politiknya.
Menurut Samsuri juga, pendengaran pengurusan kes pada 2 Ogos lalu adalah untuk menentukan usaha Brown bagi memaksa Hadi untuk mendepositkan sejumlah wang di mahkamah sebagai jaminan keselamatan sekiranya presiden Pas kalah dalam kes berkenaan dan terpaksa membayar kos guaman Brown di mana editor tersebut menjangkanya dalam lingkungan jumlah keseluruhan £800,000 pound (hampir RM4.5 juta) sehingga kes tamat.
“Panel peguam Hadi dari Carter-Ruck berjaya berhujah, dengan dibantu oleh pandangan pakar undang-undang dari Malaysia bahawa sebenarnya wujud undang-undang yang jelas yang tidak menghalang Brown untuk menuntut kos beliau menerusi mahkamah Malaysia sekiranya beliau menang kes saman ini dan jumlahnya tidak melebihi RM80,000.
“Di atas keyakinan dari awal terhadap kes ini, maka Hadi bersetuju dengan deposit keselamatan dengan jumlah ini yang nyata adalah memadai serta tidak kontroversi.”
Menurut Samsuri, hujah Brown beliau akan gagal membawa kes saman terhadap Hadi di Malaysia adalah kerana badan kehakiman, Kerajaan Malaysia dan perdana menteri adalah mengamalkan rasuah dan bersekongkol dengan Hadi telah ditolak oleh mahkamah.
“Mahkamah juga mendapati tuduhan serius ini tidak disokong bukti oleh Brown walaupun beliau mempunyai masa berbulan-bulan untuk berbuat demikian.
“Mahkamah juga tidak menerima hujahan Brown tanpa membawa bukti, sebuah negara luar berdaulat yang mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan United Kingdom telah mengamalkan rasuah.
“Mahkamah juga telah menerima tawaran Hadi untuk meletakkan wang sebanyak RM80,000 sebagai deposit keselamatan,” kata beliau.
Katanya, mahkamah juga telah mengarahkan Brown membayar 2/3 dari kos yang terlibat di mana “mesti membayar £15,000 (hampir RM84,000) terhadap kos prosiding oleh Hadi.
  • Avatar



    Hahaha, apa yang berlaku dalam makhamah diLondon adalah proses pengurusan kes yang biasa dimakhamah. Bukan ada apa-apa keputusan pun, perbicaraan pun belum bermula. Jadi orang-orang Parti Lebai janganlah tulis berita seolah-olah Tok Hadi dah menang kes. Kita sama-samalah tunggu perbicaraan dulu.



      • Avatar



        Kalau setakat membaca tajuk aja sudah pasti ramai penyokong "PAK LEBAI" akan terkinja kinja sehingga tercabut serban terutama yang berat nya 5 kilo. Di laman lain juga raai yang berkaedaan demikian. Sebenar nya perbicaran belum bermula lagi dan wang itu merupakan wang jaminan.



          • Avatar



            Tunggu dan lihat prosiding Mahkamah. Perbicaraan masih belum lagi dimulakan. Diharap Najib dan Nasharuddin Isa akan turut direhet ke Mahkamah Tinggi London.



              • Avatar



                permulaan yg baik untuk menentang pemfitnah dan gengnya... memalukan melayu yg percaya tina kafir ini

              0 comments:

              Post a Comment

              Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
              SILA LAYARI
              Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
              PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

              Popular Posts

              © 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

              Designed by ScreenWritersArena