Wednesday 13 March 2019

[Video LANGSUNG DARI PASIR GUDANG] Isu Metana: Cubaan Politikkan Isu, Netizen Serang Laman hingga Harakahdaily Tutup Komen.

Khamis, 14 Mac 2019

JOHOR BAHRU, 7 Mac (Bernama) -- Jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital dan klinik kesihatan sekitar sini yang dipercayai akibat terhidu gas kimia berikutan pembuangan sisa kimia di Sungai Kimkim, dekat Pasir Gudang awal pagi ini, meningkat kepada 30 orang setakat pukul 5.00 petang ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata daripada jumlah itu, 21 dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI), enam ke Klinik Kesihatan Pasir Gudang manakala tiga lagi dirawat di Hospital Penawar, dan kesemua mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil. “Dua mangsa di HSI diberi bantuan pernafasan untuk mencegah kejadian yang lebih buruk kerana apabila terkena bahan kimia, saluran pernafasan boleh tersumbat,” katanya.
Bernama WebTV.

Isu Metana : Cuba Politikkan Isu, Netizen Serang Laman hingga Harakahdaily Tutup Komen

Otai BERSIH 
KES keracunan gas kimia di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang sejak Khamis lalu membuka mata semua pihak bahawa pencemaran dari pembuangan sisa toksik bukan hanya boleh menjejaskan alam sekitar, bahkan berbahaya kepada manusia.

Hanya dalam tempoh kurang seminggu dari tarikh kejadian pertama pada 7 Mac lalu, lebih 300 m@ngsa terutamanya dalam kalangan pelajar di beberapa sekolah berhampiran Sungai Kim Kim terkesan.

Sehubungan itu, pihak berkuasa mengarahkan penutupan 13 buah sekolah bermula Rabu bagi memastikan tiada m@ngsa baharu terkena tempias pencemaran bahan kimia tersebut.

Terbaru, hari ini, lima lagi sekolah diarah tutup, susulan terdapat pelajar yang mengalami simptom loya, muntah muntah dan pening dipercayai terhidu bahan kimia.

Tinjauan di sekitar kawasan yang terjejas mendapati perkara ini tidak boleh dipandang mudah memandangkan jumlah mangsa dilaporkan terus meningkat dan keadaan belum menunjukkan sebarang tanda akan reda.

Jika sebelum ini kandungan gas metana yang tinggi dalam udara dikatakan jadi punca keracunan,namun maklumat baru diterima bahawa bukan hanya gas tersebut yang menjadi faktor penyumbang.

Sumber memberitahu, terdapat beberapa bahan kimia atau toksik berbahaya yang terkandung di dalam air Sungai Kim Kim, termasuk hidrogen klorida, sulfur dioksida, benzena dan hidrogen sianida.

PEMUDA PAS SALAHKAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

Dalam keadaan semua pihak bersedih dan kesal dengan apa yang berlaku, hari ini Pemuda PAS melalui Lajnah Alam Sekitar telah membuat kenyataan terbuka menyalahkan Kerajaan Negeri Johor yang dipimpin oleh Pakatan Harapan.

Wakilnya Nazman Che Iberahim dalam kenyataannya yang disiarkan di Laman Rasmi Akhbar Parti Islam tersebut iaitu harakahdaily.net pada hari ini (13 Mac 2019), mengatakan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan gagal membendung keresahan rakyat dan terbukti sangat lemah dalam menguruskan perkara ini.

“Malah, perkembangan yang berlaku menunjukkan kelemahan amat ketara khususnya Exco berkenaan iaitu Dr Sahruddin Jamal, seolah teraba-raba untuk menggerakkan tindakan operasi yang sepatutnya.” – Nazman Che Iberahim

NETIZEN KECAAM PEMUDA PAS CUBA POLITIKKAN ISU.

Walaibagaimanapun, tindakan Pemuda PAS yang mengluarkan kenyataan media tersebut yang menggunakan Tajuk METANA : KERAJAAN JOHOR LEMAH DAN GAGAL yang mana secara terbuka menyalahkan Kerajaan Pakatan Harapan Johor telah menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan warganet dan netizen.

Ini kerana bagi mereka, Pemuda PAS dilihat seolah-olah cuba mempolitikkan isu tersebut dalam keadaan seluruh warga khsusunya rakyat negeri Johor sedang berduka dan bersedih dengan apa yang terjadi.

Ini dapat dilihat apabila Laman Facebook Rasmi harakahdaily.net turut diser@ng teruk netizen yang tak berpuas hati dengan kenyataan tersebut.

2 comments:

Unknown said...

Tabiat langau.....

Unknown said...

Agama pas tu mmg sesat t'keluar dr Ajaran islam

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena