Friday 22 March 2019

[Video Mahasiswa dakwa dikasari penyokong Najib] 'Himpunan kedamaian @ Dataran merdeka' Doakan kumpulan samseng @ lobakman tidak datang MENCEKIK peserta himpunan aman & Tolak RASISM KETUANAN KLEPTOKRASI! Ahli akademik gesa polis bertindak terhadap pelaku sebenar.

Sabtu, 23 Mac 2019
Beberapa penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa bergelut dengan pelajar Universiti Malaya (UM) yang mengadakan protes terhadap bekas perdana menteri itu diluar kawasan UM.
Astro Awani

Sekumpulan penyokong Najib tanpa rasa malu menyerang dan mencekek pelajar UM!
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, stadium, orang ramai dan luaran
Himpunan Kedamaian @ Dataran Merdeka pagi tadi.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang ramai dan teks
Himpunan kedamaian @ Dataran merdeka. Doakan kumpulan samseng @ lokmanadam tidak datang menyerang himpunan aman. Tolak rasism dan ketuanan kleptokrasi.! https://ift.tt/2FuC7MX
Pakatan Harapan Supporters

Ahli akademik gesa polis bertindak terhadap pelaku sebenar

Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) menggesa polis mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab selepas penyokong bekas perdana menteri Najib Razak menyerang pelajar Universiti Malaya yang mengadakan protes terhadapnya semalam.
Penyokong Najib membuat laporan polis terhadap pelajar berkenaan dengan menuduh mereka melakukan provokasi. 
Berikutan itu pelajar berkenaan ditahan untuk disoal siasat.
"Kami menyeru pihak berkuasa supaya tidak menahan dan mengganggu pihak lain yang tidak bersalah iaitu para pelajar.
"Sebaliknya, tindakan pantas harus diambil terhadap individu yang benar-benar melakukan kesalahan - mereka yang melakukan serangan terhadap pelajar UM," katanya.
Semalam, pelajar berkenaan mengadakan protes terhadap Najib dari seberang jalan sebuah restoran berhampiran pintu masuk ke Universiti Malaya.
Mereka memaparkan karikatur Najib seperti badut serta plakad yang mengutuknya berhubung skandal 1MDB.
"Imej video yang tidak diedit mengenai serangan itu jelas menunjukkan para pelajar dengan aman menjalankan tugas hak perlembagaan mereka untuk berhimpun dan menyatakan pandangan mereka tentang bekas perdana menteri.
"Kemudian, sekumpulan penyokong Najib tanpa rasa malu menyerang mereka," kata exco Gerak.
Pergerakan itu juga membantah penyokong Najib kerana cuba menjadikan isu itu sebagai isu perkauman.
"Dalam proses ini, dan dalam gaya hooligan, penyokong Najib memainkan isu perkauman dengan memutarbelitkan kritikan pelajar UM terhadap bos mereka sebagai 'menghina orang Melayu'.
"Ini kita kutuk sebagai dungu, pengecut dan rasis," katanya.
Malaysiakini.

4 comments:

Unknown said...

Kalo geng2 samseng mcm lobakman dtg buat kacau... siram je dgn air longkang.

Joo said...

Bangang ke apa, knp tak bawa sekali gambar guan eng dan terowong, mahadey dan macam2,anuar dgn kesnya knp najib yg belom selesai aja yg kau bawa,

Joo said...
This comment has been removed by the author.
Joo said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena