Tuesday 12 March 2019

[Video ICERD - Pembangkang Huru Hara! Tajuddin Pasir Salak Mengamuk] 1MDB Siapakah KAKI MENGANJING tu? Pendakwa jelaskan mengapa peguam Najib tak diberi lebih dokumen.

Rabu, 13 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: teks
Kahkah...

Pendakwa jelaskan mengapa peguam Najib tak diberi lebih dokumen

Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa membenarkan peguam bekas perdana menteri Najib Razak lebih banyak akses kepada dokumen berhubung tujuh pertuduhan SRC International Sdn Bhd akan menjejaskan kes pendakwaan dan mempengaruhi cara prosiding jenayah dijalankan di negara ini.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) ad hoc V Sithambaram berkata kenyataan dan dokumen yang dipohon oleh pihak pembelaan bukanlah dokumen yang pendakwaan perlu kemukakan mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah.
"Memberi perintah yang dipohon perayu (Najib) akan bermakna kertas siasatan perlu diserahkan kepada perayu kerana ia juga kenyataan dan dokumen yang diperoleh oleh pegawai penyiasat mengikut Seksyen 30 (9) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (MACC) dan Seksyen 40 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA)," katanya.


Sithambaram, peguam yang dilantik sebagai DPP ad hoc berkata mengikut Seksyen 51A, pada peringkat praperbicaraan, pendakwaan hanya dikehendaki membekalkan salinan laporan maklumat, dokumen yang akan dikemukakan sebagai sebahagian daripada bukti pendakwaan serta kenyataan bertulis fakta yang memihak kepada pembelaan.
Beliau berkata sekiranya pendakwaan memberikan semua dokumen, ia seperti menyerahkan keseluruhan kertas siasatan kepada pembelaan.
Sithambaram berhujah, terdapat kemungkinan akan berlaku gangguan terhadap saksi jika kenyataan saksi diberikan kepada pembelaan sebelum perbicaraan dan saksi-saksi tidak akan tampil memberi keterangan.
“Setakat ini pendakwaan telah menyerahkan 31 jilid dokumen, kira-kira 6,500 muka surat, yang akan digunakan sebagai sebahagian daripada bukti bagi pendakwaan," katanya kepada panel tiga hakim yang mendengar rayuan Najib bagi mendapatkan dokumen berkenaan.
Beliau berkata kebolehterimaan dokumen itu adalah perkara yang akan ditentukan pada perbicaraan dan bukan pada peringkat praperbicaraan.
Memetik kes Anwar Ibrahim, beliau berkata Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa seseorang tertuduh tidak berhak mengetahui dengan apa cara pihak pendakwaan bercadang untuk membuktikan fakta-fakta yang mendasari pertuduhan dihadapinya yang kekal menjadi prerogatif pendakwaan.
Najib memfailkan empat rayuan berhubung permohonan interlokutori yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi.
Permohonan berkenaan ialah bagi perintah larangan ke atas media dan orang awam daripada membincangkan merit kes jenayah yang dihadapinya, penzahiran dokumen dan pernyataan serta tindakan beliau mencabar pelantikan peguam Sulaiman Abdullah sebagai ketua pasukan pendakwaan serta tindakan pendakwaan menarik balik sijil pemindahan kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Sementara itu, peguam Najib, Harvinderjit Singh berkata pembelaan bukan meminta kertas siasatan tetapi mahu kenyataan saksi yang diambil di bawah AMLA dan MACC bagi membantu mereka dalam pembelaan.
Sementara itu, mahkamah menetapkan Jumaat ini untuk meneruskan pendengaran rayuan berkenaan selepas peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau mengalami kecederaan di pergelangan tangan semasa bermain dengan anjing peliharaannya dan tidak dapat meneruskan hujahnya hari ini.
Beliau berkata anjing peliharaannya melompat ke atasnya, menyebabkannya cedera dan memerlukan rawatan.
Peguam Negara Tommy Thomas berkata pasukan pendakwaan berdepan tekanan orang ramai yang mahu perbicaraan Najib dimulakan secepat mungkin.
“Semua orang mahu perbicaraan bermula esok kalau boleh. Pasukan pendakwaan berdepan tekanan…. malah tekanan global terhadap kami supaya perbicaraan dimulakan," katanya.
Thomas berkata beliau faham Muhammad Shafee mempunyai masalah tetapi pihak pendakwaan juga dipersoal kenapa perbicaraan belum bermula.
Muhammad Shafee mencadangkan perbicaraan disambung semula pada Jumaat selepas Thomas memaklumkan mahkamah bahawa beliau perlu berada di Johor pada Khamis.
Mahkamah menetapkan perbicaraan disambung pada Jumaat, pukul 8.30 pagi.
Panel Hakim terdiri daripada Hakim Zabariah Mohd Yusof, Rhodzariah Bujang dan Lau Bee Lan.
Pada 4 Julai tahun lepas, Anggota Parlimen Pekan berusia 66 tahun itu didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan kedudukannya berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Pada 8 Ogos tahun lepas, Najib didakwa atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena