Tuesday 12 March 2019

[Video Dr M jawab Ahmad Maslan] Baru setahun dapat kesenangan sikit, sudah kufur nikmat! KDN tak izin himpunan jika penganjur maklumkan ada LGBT.

Selasa, 12 Mac 2019

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa kerajaan Pakatan Harapan sedang berusaha untuk menunaikan janji-janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya mereka tetapi perbuatan kerajaan lama serta undang-undang tidak memudahkan usaha itu.\ Menjawab soalan Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai usaha-usaha untuk menangani dua kontroversi utama yang melanda pentadbiran semasa - pertama janji-janji manifesto yang tidak ditunaikan dan kedua, beberapa ahli kabinet memalsukan kelayakan akademik mereka. “Kita sedang berusaha untuk tunai janji-janji dalam manifesto kita, tetapi perbuatan kerajaan lama serta undang-undang tidak memudahkan usaha ini. “Sepatutnya hari ini kita sudah lihat mereka yang dituduh melakukan kesalahan berkenaan dgn kewangan negara khususnya SRC, 1MDB, telah dikemukakan kepada mahkamah, tetapi sebagai kerajaan patuh kepada kedaulatan undang-undang, kita patuh kepada tangguhan yang dibuat oleh mahkamah. “Kita (kerajaan) hormat mahkamah walaupun rakyat tertanya-tanya mengapa mereka jelas terlibat dalam rasuah tidak dihadap dan dibicarakan dalam mahkamah. Ini soalan rakyat dan kita walaupun kita berusaha, tapi kita kena patuh peraturan-peraturan dan kedaulatan undang-undang yang kita terima dan laksanakan,” kata Mahathir (PH-Langkawi).
Image may contain: 1 person, text

Baru setahun dapat kesenangan sikit, sudah kufur nikmat
Otai BERSIH
Ada satu kisah aku nak cerita, dalam komen di artikel MalaysiaKini, ada yang post satu video...
Video itu menunjukkan kononnya tekanan hidup seorang lelaki muda. Mulanya baru dapat BSH RM100. Selepas keluar, dalam kereta dia perasan minyak keretanya perlu diisi.
Dia cuma isi RM20. BSHnya berbaki lagi RM80. Kemudian lalu di lebuhraya, topup TouchN'Go RM10. Kemudian pergi berbelanja RM50 menggunakan 1 troli kecil.
Akhir sekali yang aku tengok, dia sedang mengisi semula talian prabayarnya. Aku terus tutup video tersebut. Bukan rasa tertipu tapi aku rasa video tu tersangat bodoh ceritanya.
1. Petrol di zaman PH adalah termurah (berbanding harga minyak mentah) dalam tempoh 15 tahun. Jangan lupa yang menghapuskan subsidi petrol dahulu adalah Tun Abdullah Ahmad, seorang pemimpin BN sehingga harga petrol naik ke RM2.70 seliter.
2. Masih lagi mengungkit janji petrol RM1.50 seliter sedangkan itu adalah manifesto PRU13. Dalam PRU14 janji PH adalah mengembalikan subsidi petrol bersasar. Apapun, kerajaan telah tetapkan harga siling sekarang ini RM2.08, masih terlalu murah berbanding ketika BN memerintah.
3. Tol bukan PH yang buat. Itu adalah hasil pemerintahan BN. Terutama ketika Najib memerintah. Begitu banyak lebuhraya bertol yang dinaikkan. Tidakkah terasa bodoh hendak mengeluh ketkka membayar tol dan menyalahkan PH?
4. Harga barang naik mendadak selepas jasa Pak Lah hapuskan subsidi petrol dahulu. Kemudian Najib masukkan GST, harga semakin naik. Langkah PH memperkenalkan SST dan menghapuskan SST belum berjaya tetapi usaha berterusan masih dijalankan. Tiba-tiba harga barang mahal, disalahkan pula PH. Adakah ketika BN memerintah harga barang semua rendah?
5. Pembuat video itu seolahnya membayangkan hidup rakyat bergantung kepada BSH semata-mata. Watak lelaki dalam video itu tak bekerjakah? Nampaknya pakai kereta dan tak nampak seperti kereta buruk. Hai... Kereta baru boleh bayar bulanan, nak makan, nak isi minyak harapkan bantuan kerajaan?
Hari ini penyokong BN berkempen gunakan idea penyokong PH ketika jadi pembangkang dulu. Nampak bijak tapi menunjukkan kebodohan mereka.
Ketika PH jadi pembangkang, memang PH boleh gunakan semua bullet yang disebutkan, kerana harga petrol, tol, GST, semua hasil kerja BN. Tapi bila PH memerintah, dan BN jadi pembangkang, kalau guna idea yang sama, nampak kelakarlah. Sebab secara tak langsung kamu menunjukkan BN yang jadikan hidup rakyat susah selama ini.
Ya, hidup kita belum senang. Tapi aku nampak ada usaha ke arah itu. Aku yakin dengan usaha berterusan, hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat bakal tercapai.
Cuma masalahnya penyokong PASUmno mahu lihat magis berlaku. Sedangkan 15 tahun rakyat disiksa akibat pentadbiran tidak cekap. Itu yang paling kelakar. Bising harga minyak RM2.08 seliter. Macamlah zaman Najib dahulu harga minyak RM1.20!
15 tahun hidup susah, baru setahun dapat kesenangan sikit, sudah kufur nikmat. Sudah mengeluh susah. Bagusnya mereka ini kenakan GST, jual petrol harga RM2.20 seliter, jangan beri diskaun tol. Masa itu baru mereka rasa mewah agaknya...

KDN tak izin himpunan jika penganjur maklumkan ada LGBT

Timbalan Menteri Dalam Negeri Mohd Azis Jamman memberitahu penganjur Himpunan Hari Wanita Antarabangsa pada Sabtu lalu tidak memaklumkan penglibatan peserta lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) dalam perhimpunan tersebut.
Katanya, sekiranya penglibatan golongan itu dimaklumkan lebih awal, pasti perhimpunan itu tidak akan mendapat kebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri.
“Waktu dia (pengajur) memohon (mengemukakan notis) itu, saya rasa dia tak sebut perhimpunan untuk LGBT.
“Saya pasti kalau sebut dalam notis itu perhimpunan untuk LGBT, kementerian tak akan benarkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di parlimen hari ini.
Tambah Mohd Azis, biarpun himpunan tersebut bukanlah khusus untuk golongan LGBT, kehadiran golongan itu telah melanggar sensitiviti majoriti rakyat Malaysia.
“Boleh kamu bayangkan, dia angkat sepanduk semua... mereka kena sensitiflah kepada orang Malaysia.
“Kita di Malaysia sebagai berbilang bangsa, agama rasmi ialah Islam, khususnya kepada orang Melayu.
"Benda-benda seumpama ini sensitif, jadi sensitiviti ini perlulah dipertimbangkan,” katanya lagi.
Jelas anggota parlimen Sepanggar itu lagi, kerajaaan sentiasa mengalu-alukan perhimpunan aman, tetapi penganjur tidak seharusnya mengambil kesempatan terhadap keterbukaan tersebut.
“Tengok apa terjadi? Huru-hara seluruh negara.
“Kamu boleh amalkan apa kamu mahu. [...] Tapi sampai nak buat himpunan (dan) ambil sepanduk LGBT. Ini Malaysia, ada sensitivitinya.
“Bagaimana kita mahu hormati kaum ini (LGBT), dia juga kena (terlebih dahulu) hormati orang yang majoriti.
“Bagaimana dia nak dihormati, majoriti juga mahu dihormati,” tambahnya lagi.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa perhimpunan menuntut hak wanita bersempena Hari Wanita Antarabangsa itu tidak mempunyai permit.
Dengan itu, katanya, perhimpunan yang diadakan Sabtu lalu berhampiran pusat beli-belah di ibu kota itu telah melanggar Akta Himpunan Aman (PAA) 2012 .
Untuk rekod, mengikut PAA tidak memerlukan penganjur memohon untuk mendapatkan permit, sebaliknya mereka cuma perlu menghantar notis pemberitahuan kepada polis.
Mengulas hal itu, Azis yakin permit yang dimaksudkan Muhyiddin sebenarnya merujuk kepada notis. 
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena