Friday 15 March 2019

[Video MENGAPA HANYA GUAN ENG YANG DISIASAT MENGHASUT?] Umno sedia jual kepentingannya dalam Media Prima kerana memerlukan 'bekalan' untuk terus bernafas.

Jumaat, 15 Mac 2019
Jom Channel
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mahu polis menyiasat Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan ahli politik lain yang memomokkan DAP sebagai anti-Islam dan anti Melayu. Lip Eng berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamed Fuzi Harun akan kelihatan lebih profesional jika beliau berbuat demikian susulan kenyataannya bahawa polis mungkin menyoal Menteri Kewangan Lim Guan Eng. "Fuzi bertindak secara profesional apabila beliau berkata Guan Eng mungkin dipanggil untuk soal siasat" apabila tiba waktunya" tetapi, tidak ada keperluan untuk melakukannya, sekarang" katanya dalam kenyataan yang dipetik Malaysiakini.
Imej mungkin mengandungi: teks dan luaran
Image may contain: 1 person, text
TS.

Umno sedia jual kepentingannya dalam Media Prima

Umno sedia menjual kepentingannya di Media Prima, konglomerat media terbesar di negara ini.
Pemangku Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, tindakan itu perlu kerana Umno yang bukan lagi menjadi parti pemerintah di peringkat persekutuan memerlukan “bekalan” untuk terus bernafas.
“Kita akan menjual pegangan kita dalam Media Prima. Tidak banyak yang boleh kita buat dengannya dan kita juga tidak ada wakil dalam lembaga pengarah.
“Paling tidak ia boleh menampung perbelanjaan kita untuk dua tahun setengah,” kata Mohamad yang dipetik oleh portal Free Malaysia Today, hari ini.
Bulan lalu, Umno melepaskan pegangan saham sebanyak 31.6 peratus dalam Kumpulan Utusan yang akhbar utamanya, Utusan Malaysia, terus dipertahankan penerbitannya dengan wang daripada parti.
Sebelum ini, Umno melabur dalam syarikat media gergasi besar dan kawalannya ke atas firma terbabit berterusan sehingga media tradisional kehilangan wang dan pengaruhnya.
Media Prima mempunyai empat stesen televisyen (TV3, NTV7, 8TV and TV9), tiga surat khabar (New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro) dan empat stesyen radio (Fly FM, Hot FM, one FM and Kool FM).
Masalah kewangan
Tahun lalu, sewaktu Umno masih bergelut dengan kekalahan tidak terduga pada Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14), 900 akaun bank yang dikaitkan dengannya dibekukan berhubung transaksi melibatkan skandal 1MDB.
Pada masa yang sama beberapa ahli parlimennya bertindak meninggalkan parti, sementara pemimpin tertingginya disiasat dan sesetengahnya diheret ke mahkamah. Mereka termasuk bekas perdana menteri, Najib Razak dan presiden Umno, Ahmad Zahid hamidi.
Wang sebelum ini dikatakan bukan satu-satunya masalah yang dihadapi Umno.
“Umno sebuah pertubuhan besar dan memerlukan wang yang banyak untuk mengurusnya. Mengurus ibu pejabat sahaja memakan belanja besar.
“Sekarang untuk bayar gaji pun susah,” akui Mohamad.
Malaysiakini.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Mungkin rahang dia yg patah kot, atau otak dia terseliuh... Pasal peguam pakai 2 benda ni.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena