Monday, 11 March 2019

[Video PAS-Umno kahwin boleh, lelaki kahwin lelaki tak boleh] Persidangan Parlimen ke 14, nama besar UMNO yang tidak hadir adalah Najib Razak dan Zahid Hamidi? KEMANA Wak Jahid PERGI?

Isnin, 11 Mac 2019

PAS-Umno kahwin boleh, lelaki kahwin lelaki tak boleh.

Diminta mengulas tentang hubungan kerjasama PAS dan Umno yang kini sudah rasmi, dengan nada sinis, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada halangan untuk kedua-dua parti itu berbuat demikian. Menjelaskan bahawa meskipun Malaysia tidak membenarkan perkahwinan jantina yang sama, parti-parti politik bebas 'berkahwin' sesama sendiri. Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita hari ini.
Tiada penerangan foto disediakan.
Penggal ke II, Persidangan Parlimen ke 14 bermula hari ini..Nama besar UMNO yang tidak hadir adalah Najib Razak dan Zahid Hamidi...!

MANA ZAHID HAMIDI PERGI?

Presiden UMNO dan Pengerusi BN tanpa kuasa, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan tidak hadir dalam majlis perasmian dan istiadat pembukaan sidang Parlimen yang disempurnakan oleh Yang Dipertuan Agong, hari ini.
Menurut Ketua Whip BN, Mahadzir Khalid, sebab Zahid Hamidi tidak menghadirkan diri tidak dapat dipastikan.
Beliau, kata Mahadzir, tidak dapat dihubungi.
Zahid Hamidi bukan saja melepaskan kuasanya selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN kepada Mohamad Hassan yang merupakan timbalannya, malah jawatan Ketua Pembangkang yang disandangnya sejak Julai 2018 lalu juga telah diserahkan kepada Ismail Sabri.
Selain tindakan itu menyebabkannya semakin kekurangan peranan dalam parti, kedudukannya kini hanyalah sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk saja.
Persoalannya, mengapa Zahid Hamidi tidak menghadirkan diri dalam majlis perasmian Parlimen kali ini?
Bukankah majlis ini sebenarnya penting dalam kedudukannya sebagai Ahli Parlimen?
Adakah beliau mengambil cuti secara tiba-tiba sebagai Ahli Parlimen, sama seperti cutinya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN juga?
Atau merajuk hati?
Apakah barangkali ketidakhadirannya kali ini merupakan tanda-tanda beliau akan mengundurkan diri sepenuhnya daripada politik dan hanya mahu menghabiskan sisa-sisa perjuangannya untuk berdepan dengan 46 kes mahkamah yang sedang dihadapinya? (Shahbudindotcom 11/03/2019)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena