Saturday 6 April 2019

[Video TH MANGSA FITNAH KEBENCIAN] Operasi Mencari Peserta Gopeng Ultra Trail Dipergiat.

Ahad, 7 April 2019
Jom Channel
Mereka yang memfitnah itu seolah-olah lupa masalah yang dihadapi oleh Lembaga Tabung Haji sekarang adalah berpunca daripada pengurusan dahulu yang membuat keputusan yang tidak cekap sehingga institusi Islam itu rugi berbilion ringgit. Contohnya, Lembaga Tabung Haji enggan menjual saham FELDA Global Ventures (FGV) ketika ia mula jatuh. Akibatnya Lembaga Tabung Haji rugi RM1.1bilion setelah nilai saham itu jatuh sebanyak 85%. Ketika saham FGV disenaraikan di Bursa Malaysia 6 tahun lalu, harganya ialah RM4.55 seunit. Idea siapakah FGV itu?

Operasi Mencari Peserta Gopeng Ultra Trail Dipergiat

Gopeng Ultra Trail 2019
Peserta Gopeng Ultra Trail hilang ketika larian
SEORANG peserta lelaki Gopeng Ultra Trail dilaporkan hilang ketika menyertai larian berkenaan di kawasan Gua Tempurung, Kampar, dekat Ipoh pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata peserta yang hilang itu dikenali sebagai Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang beralamat terakhir di Muar, Johor.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama 485 peserta lelaki dan perempuan yang lain memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer pagi semalam dan sepatutnya berakhir pada hari yang sama.
“Pengadu iaitu kawan mangsa dikenali Mohd Farid Md Kamal, 32, berkata selepas selesai perlumbaan pada pukul 2 petang Sabtu mendapati Mohammad Ashraf masih tidak sampai.
“Selepas panggilan telefon tidak dijawab, pengadu memaklumkan perkara ini kepada penganjur dan tindakan mencari telah dijalankan di kawasan laluan peserta tetapi tidak ditemui,” katanya ketika dihubungi di Ipoh pada Ahad.
Katanya, pengadu telah datang membuat laporan polis ke Balai Polis Gopeng kira-kira pukul 1.09 pagi Ahad selepas rakannya itu masih belum ditemui.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan sejak pagi Ahad yang disertai seramai 11 anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena